"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Raja Politik Berada Di Atas Politik?

Berita Utama Berita Harian tarikh 20/04/2009 mempunyai tajuk 'Raja berada di atas politik' disambungan berikuthttp://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/BeritaUtama/20090419225811/Article. Berita itu merujuk kepada Ucapan Raja Perak.

Tetapi paparan depannya mempunyai gambar dan text seperti Raja UMNO di Melaka yang menerima watikah dari Raja Perasuah UMNO di bawah; 
  
KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyampaikan watikah perasmian kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob sambil diperhatikan Toh Puan Zurina Kassim (kanan) pada majlis perasmian Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Foto Rasul Azli Samad.

Tulisan ini tidak bertujuan untuk mengutuk sesiapa tetapi untuk mengajak sesama kite berfikir berkenaan raja dan politik serta sistem yang berkaitan kononnya diamalkan di Malaysia.

Iaitu, Datuk Seri Mohd Ali Rustam masih lagi Ketua Menteri Melaka walaupun sudah terkenal sebagai perasuah. Tun Mohd Khalil Yaakub pula adalah bekas Setiausaha Agung UMNO yang belum ‘clear’ dari kes pertuduhan penyelewengan balak di Pahang. Tun ini kini ada mempunyai taraf Raja dan Sultan.

Tinggal ditempat yang dipanggil Istana, menggunakan warna di raja (kuning) dan semua kelebihan yang raja ada, ada pada bekas Setiausaha Agung UMNO ini.

Gambar di atas jelas kepada kita perasuah UMNO memberi watikah kepada Raja@Sultan UMNO. Soalan yang harus ada dikepala masyarakat awam yang mahu berfikir ialah ialah; 
Apakah maksud ‘Raja di atas Politik’ seperti dilaporkan oleh Berita Harian dan Utusan Malaysia itu?

Kalau Raja tidak boleh tidak boleh turun berdebat secara terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik terbabit- utusan Malaysia 20/04/2009.

Kenapa pula kumpulan Raja boleh menerima Khalil Yaakud (samada terbuka atau tertutup) untuk menjadi kumpulan DiRaja sedangkan Khalil Yaakub adalah jelas orang politik, bukan saja orang politik biasa tetapi bekas setiausaha agung UMNO yang mempunyai masalah tentang penyelewengan balak di Pahang!.

Dalam kontek Melaka, bagaimana Khalil Yaakub boleh berada di atas politik sedangkan darah dan mimpinya adalah sebagai orang politik.

Proses pemilihan Raja di Melaka ini sendiri sebenarnya belum jelas yang mana ahli sejarah dan undang-undang akan pecah kepala untuk memikirkannya....bahkan tidak ada seorang Raja pun yang berani membantah walaupun jelas Khalil Yaakub adalah kumpulan politik bukannya raja terhadap keputusan Raja Mahathir pemimpim Parti Politik UMNO, ketika melantik Khalil Yaakub menjadi Raja Melaka itu.

Muramatsu 
Grenoble, Cedex

Tiada ulasan: