"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KERAJAAN PERPADUAN - SATU PANDANGAN

Isu kerajaan perpaduan masih menarik perhatian ramai penganalisis politik. Tentunya pihak kerajaan menyokong idea/gagasan ini kerana banyak untungnya bagi mereka. Sokongan kaum lain dari Melayu yang kian berkurangan menyebabkan mereka menerima gagasan ini,walaupun sebahagian ahli PAS dan Pakatan Rakyat mempertikaikannya.

Namun kerajaan perpaduan itu tidak bermakna PAS menggadaikan prinsipnya khasnya tentang gagasan negara Islam. Hal ini tidak perlu diulas lagi,kerana negara Islam adalah sebahagian dari perjuangan PAS. Namun, adakah UMNO-BN dapat menerima ideologi PAS? Kita tahu UMNO-BN terdesak kini.Kehilangan sokongan dari parti komponen BN merungsingkan parti itu.Ura-ura MCA untuk meninggalkan BN meresahkan pimpinan UMNO. Apakah UMNO akan lupus? Soalnya UMNO berkait dengan ketuanan Melayu.Sementara PAS agak sukar mendapat sokongan dari parti komponen BN kerana perbezaan ideologi itu. Pupuskah keruanan Melayu? Mungkin dalam konteks ketuanan Melayu inilah Tuan Guru Haji Abdul Hadi, selaku Presiden PAS mengemukakan usul kerajaan perpaduan itu.

Sekali lagi, ia bukan untuk menggadaikan prinsip PAS. PAS sudah cukup pengalaman dengan tipu helah UMNO sejak zaman Dato' Asri lagi. Pas harus hati-hati dalam hal ini, walaupun menyelamatkan bangsa itu penting dalam agenda perjuangan Melayu Islam. PAS tidak harus jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Cukuplah pengalaman lalu mengajar keperitan bersama UMNO-BN. Namun orang Melayu harus diselamatkan. Orang Melayu tidak harus kehilangan kuasa politik di tanah air sendiri.

Apapun, terpulanglah kepada kebijaksanaan pimpinan PAS dan UMNO untuk menerima atau tidak Kerajaan Perpaduan ini.

AlKundangi,
15.6.2009

Tiada ulasan: