"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ISA : Kempen Mansuhkan ISA Dilancar Di Parlimen


Kempen terbaru untuk mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dilancarkan di lobi Parlimen esok, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan.

Kempen itu sebahagian program menganjurkan demonstrasi besar-besaran yang digelar 'Himpunan Mahsuhkan ISA' pada 1 Ogos di Kuala Lumpur.

"Pemuda PAS akan menjadi antara penggerak utama di samping rakan-rakan NGO yang lain. Kempen ini akan digerakkan ke seluruh negara," kata Nasrudin.

1 Ogos adalah ulang tahun ke-49 penguatkuasaan ISA.

Dalam sidang media itu, Nasrudin turut mengumumkan barisan exco dan jawantankuasa Pemuda yang dilantik bagi memimpin dewan tersebut dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pelantikan berkenaan dibuat dalam mesyuarat pertama dewan tersebut selama lebih empat jam malam tadi, katanya.

Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dilantik setiausaha dewan yang baru, menggantikan Ahmad Sabki Yusof yang kini sebagai naib ketua Dewan Pemuda.

Ketua Pemuda Johor dan juga ahli jawatankuasa Dewan Pemuda, Khairul Faizi Ahmad Kamil dilantik sebagai penolong Kamaruzaman.

Jawatan Bendahari dipangku oleh
Mohd Adram Musa.

Suhaizan Kaiat, juga ahli jawatankuasa Dewan Pemuda, dikekalkan sebagai ketua penerangan.

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: