"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar : "Speaker Tolak Permohonan Saya" - Anwar

Speaker Parlimen, seperti yang dijangka hari ini menolak rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik balik penggantungan 2 hari terhadap Nizar Jamaludin dan 6 wakil rakyat.

Mereka diusir daripada Parlimen semalam setelah mendesak supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan sebagai jalan keluar mengatasi kemelut politik di negeri itu.

Selain Nizar, turut dilarang menghadiri Parlimen ialah N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis), Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Dr Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena).

Anwar telah mendesak Pandikar Amin Mulia untuk menarik balik hukuman itu kerana tujuh ahli Parlimen berkenaan hanya menyuarakan isu mengenai krisis politik di negeri asal mereka.

"Saya mohon beliau menimbangkan keputusan menggantung Datuk Seri Nizar di Parlimen dan membenarkan mereka mengikuti sidang hari ini dan beliau menolak pernohonan saya atas alasan yang beliau berikan semalam."Kata Anwar.

Pandikar bagaimanapun menolak rayuan Anwar atas alasan krisis di Perak "tidak relevan kepada Parlimen".

Pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat bagaimanapun mempertahankan tindakan Nizar dan rakan- rakannya membawa isu Perak ke parlimen, antaranya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Saya faham kekecewaan Datuk Seri Nizar dengan apa yang terjadi di Perak yang merupakan satu isu yang besar. Saya rasa dia mahu semua ahli parlimen sedar akan isu itu dan beliau mahu menunaikan janjinya mempertahankan perlembagaan negeri itu berhubung apa yang berlaku di DUN Perak," ujar Khalid.

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: