Pilihanraya kecil DUN Manek Urai Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada hari Selasa, 14 Julai ini dilihat bakal memberi kemenangan mudah kepada PAS. Statistik terkini yang PDO terima daripada pihak Polis Raja Di Malaysia (PRDM) menyatakan bahawa peratus sokongan rakyat terhadap PAS kini meningkat kepada 65%, manakala BN hanya 35% sahaja. Jika senario ini berterusan maka sudah pastilah PAS akan menang dengan majoriti yang lebih besar dalam pilihanraya ini nanti. Banyak faktor sebenarnya yang mendorong kemenangan besar ini pasti akan berlaku. Antaranya ialah sikap "bangang" para pemimpin UMNO dan kerajaan BN yang "cakap tak serupa bikin". Malah, mereka masih terus mengalunkan "lagu rentak lama" di Manek Urai. Biarpun mereka tahu bahawa strategi itu bakal memerangkap diri mereka sendiri. Namun, dek kerana pemikir dan penasihat pilihanraya yang langsung tidak boleh"berfikir secara waras" sebenarnya, maka mereka terus menerus menyajikan adengan yang sama tanpa mahu mengambilkira pandangan rakyat itu sendiri. Bukti jelas dapat dilihat dalam beberapa perkara. Terkadang terfikir juga dibenak fikiran kita, apakah mereka sedar atau tidak segala apa yang dilakukan ini agaknya. Antara bukti jelas yang bakal membawa kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Manek Urai ini ialah :-Umumkan Tawaran Yang Perbodohkan Rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan