"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jawatan: Nik Aziz serah kepada Nik Abduh

Rizal Tahir
KOTA BHARU, 13 Jan:
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyerahkan kepada anaknya, Nik Mohamad Abduh, untuk mengekalkan jawatan dalam agensi kerajaan atau sebaliknya, memandangkan beliau sudah aqil baligh.
Menurutnya, keputusan itu tidak perlu dibincangkan dengannya memandangkan Nik Abduh sudah dewasa.

Katanya, lagipun anaknya itu sebenarnya meminati perniagaan, jadi tindakan itu (melepaskan jawatan) begitu wajar memandangkan minatnya dalam bidang berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Nik Abduh yang akan meletakkan dua jawatan yang dilantik melalui lantikan politik termasuk sebagai Pengerusi Binaraya Sdn Bhd yang dijangka tampat kontraknya tahun hadapan.

Katanya lagi, beliau tidak berhasrat untuk menghalang tindakan anaknya itu memandangkan setiap manusia mempunyai minat yang berbeza.

“Anak saya ni macam-macam ada (pegang jawatan), pegawai kerajaan ada, guru, ada yang minat berniaga, macam saya ni minat bercucuk tanam,” ujarnya.

Isnin lepas, walaupun masih dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Nik Abduh tidak hadir untuk majlis angkat sumpah dan menerima jawatan.

Tiada ulasan: