"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keputusan kes Hasan, Khalid minggu depan

Basiron Abdul Wahab
TEMERLOH, 14 Jan:
Pengerusi Lembaga Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya akan membuat keputusan kes membabitkan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada minggu hadapan.

Katanya, Lembaga Disiplin sudah selesai mendengar keterangan daripada kedua-duanya dan kini sedang meneliti beberapa dokumen saksi sebelum membuat keputusan.

Menurutnya, individu yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman bagaimanapun boleh merayu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari dari tarikh hukuman dijatuhkan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut kesal kerana ada media serta penulis blog membuat pelbagai spekulasi kononnya Lembaga Disiplin telah menjatuhkan hukuman terhadap orang kena tuduh.

“Lembaga belum buat keputusan, bagaimana media sudah keluarkan keputusan,” katanya pada sidang media yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS negeri, di sini, petang semalam.

Hasan dan Khalid telah dipanggil oleh Jawatan Disiplin parti ekoran aduan yang diterima bersabit dakwaan tindak tanduk yang merugikan Pakatan Rakyat.

Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh hukum di bawah Fasal 75 Perlembagaan PAS yang memperuntukkan hukuman sama ada dipecat, diberikan amaran atau digantung keahlian.

Tiada ulasan: