"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Sapeia dihukum enam bulan penjara

Pemimpin kanan PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff dijatuhkan hukuman enam bulan penjara selepas didapati bersalah menyembur bahan pemedih mata ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2006.

nik sapeia nik yusofMahkamah Majistret Kota Bharu bagaimanapun membenarkan hukuman ke atas ahli perniagaan itu ditangguhkan sementara menunggu selesai proses rayuan.

Selain terhadap mantan perdana menteri, Nik Sapeia, juga dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas ahli parlimen Datuk Ibrahim Ali, dan dua yang lain di perkarangan lapangan terbang Kota Bharu pada pada pagi 28 Julai 2006.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: