"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua pengarang Suara Perkasa dipanggil KDN

Baru sehari beredar dalam pasaran, ketua pengarang akhbar rasmi Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Suara Perkasa dipanggil memberikan penjelasan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketua pengarangnya Daud Ibrahim berkata beliau dipanggil memberikan penjelasan kepada kementerian itu pada Isnin ini berhubung artikel muka depannya yang mendesak timbalan menteri pelajaran Datuk wee Ka Siong ditahan bawah ISA.

Selain itu, tambahnya, KDN juga mahukan penjelasan berhubung satu artikel pada mukasurat 19 tabloid dua kali sebulan itu yang bertajuk " Akhbar Cina... kenapa KDN takut bertindak?

Daud juga memberitahu, pengarang
Suara PerkasaAmirudin Mohamad turut dipanggil dan telah memberikan penjelasan kepada beberapa pegawai kementerian itu di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.

"Saya anggap ini sebagai satu cabaran kerana belum ada akhbar yang mengetengahkan isu-isu orang Melayu. Saya akan berikan kerjasama penuh," katanya.

Daud berkata, beliau juga tidak takut terhadap tindakan KDN itu kerana "ia merupakan proses biasa."

"Setiap artikel yang dianggap panas dirujuk dahulu dengan penasihat undang-undang PERKASA," katanya.

Tiada ulasan: