"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya sokong kenyataan Aziz Bari, SUK di Perak bukti yang jelas.

Drs. Khalil Idham Lim

Saya menyokong penuh saranan supaya Pakatan Rakyat bukan sahaja menggantikan penasihat undang-undang dengan peguam sendiri, malahan gagasan itu turut dicadang melantik pegawai kewangan dan setiausaha kerajaan negeri pilihan mereka.

Hal ini seperti yang disuarakan oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Aziz Bari.

Beliau yang dipetik oleh TV Selangor berkata ketiga-tiga jawatan berkenaan adalah lantikan kerajaan persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Merujuk kepada kemelut politik di Perak cadangan tersebut adalah sangat wjar dilaksana segera di negeri yang masih dikuasai oleh pakatan Rakyat.

Campurtangan yang melampau dan mencampuri urusan tugas pentadbiran kerajaan negeri yang melampau oleh SUK di Perak semasa kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa di Perak saya nampak sangat jelas dan diketahui umum.

Pelanggaran tersebut termasuklah mencampuri urusan Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sehinggalah kita melihat kepada arahan melampau kepada sidang dengan pengunaan ratusan pegawai keselamatan yang tidak sepatutnya berada disitu.

Malah lebih menyedihkan apabila kita melihat campurtangan itu terus berlaku secara jelas dan memporak perandakan pentadbiran jabatan tertentu di Perak pada masa sekarang. Antara yang jelas teancan dan banyak menerima padah ialah Jabatan Agama Islam perak. Pegawai ditukar dengan sewengnnya malah pelantikan pegawai tertentu dalam kerajaan tanpa melalui proses dan prosuder yang sepatutnya.

Contoh yang jelas ialah perlantikan AJK Mesjid dan penyelaras Mesjid Daerah yang ternyata menimbulkan kekecohan dan rasa tidak puas hati yang melampau.

Namun kerana BN memerintah pada masa ini dengan rampasan kuasa yang disahkan oleh mahkamah, capurtangan SUK sesudahnya sangat bermanfaat bagi memastikan pegawai yang tidak pro BN diganti dan diganggu.

Sekadar beberapa contoh dan ulasan ringkas diatas, sesungguh menguatkan hujjah bahawa di Perak ternyata berlaku seperti yang dinyatakan oleh Dr. Aziz Bari yang dipetik berkata " mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat,Gaji dibayar oleh negeri tetapi kesetiaan dan kiblat mereka kepada kerajaan persekutuan kerana kita faham mereka ini dipilih oleh peguam negara untuk mengkucar-kacirkan. Ini yang berlaku,"

Seperti yang didedahkan berulang kali oleh DS. Nizar bahawa sebelah pagi Exco bermesyuarat, keputusannya nya sudah diketahui oleh pihak UMNO pada sebelah petangnya. Selain itu arahan beliau juga dilambat-lambatkan dan banyak disabotaj. Senerio ini membuktikan bahawa wajar sangan SUK dan pegawai lain yang tidak setia kepada Kerajaan yang dipilih oleh rakyat di sesbuah negeri ditentukan sendiri oleh MB yang berkuasa pada masa itu.

Kecuali dalam kes tertetu kita melihat dan tidak dapat dinafikan masih ada pegawai yang boelh menunjukkan sikap profesional dalam melaksanakan tugas dan boleh setia kepada kerajaan negeri. Di Perak saya melihat antara Penasihat Undang-undang, Pegawai Kewangan dan SUK salah seorang darinya masih boleh dipakai tetapi duanya sangat jelas tidak menghormati kerajaan yang dipilih rakyat.

Kerana itu cara perlantikan mestilah ditukar dan Pakatan Rakyat atau dengan maksud kerajaan yang berkuasa dinegeri itu berkuasa memilih dan melantik, apa lagi menukar kalau ia tidak boleh menunjukkan kesetian kepada kerajaan negeri.

Tiada ulasan: