"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lambat Ke Mahkamah, Ameng Spring Ditegur Majistret

Ameng iaitu penyanyi kumpulan Spring ditegur kerana datang lambat ke Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi sebutan kesnya bersabit pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya.

Penyanyi itu yang nama sebenarnya ialah Wan Aminuddin Wan Ismail tiba di mahkamah pada pukul 9.15 pagi dan apabila ditanya oleh majistret sebab kelewatan belau, beliau memberi alasan kerana kesesakan jalan raya.

"Kenapa kamu lambat, mahkamah hari ini mula bersidang pada pukul 8.30 pagi," tegur Majistret Zaki Asyraf Zubir.

Ameng, 41, yang berbaju putih, memohon maaf kepada mahkamah.

"Saya memohon maaf kerana lambat sampai ke mahkamah hari ini. Saya keluar rumah dari Cheras seawal 7 pagi, namun perjalanan saya hari ini memakan masa dua jam akibat jalan sesak luar biasa, tidak seperti hari lain," katanya.

Zaki kemudiannya menetapkan 9 dan 10 Ogos untuk perbicaraan kes tersebut.

Pada 12 Mei lepas, Ameng mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 3.45 petang 2 April lepas.

Penyanyi itu diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa
hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.
-Bernama-

Tiada ulasan: