"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video lucah: Bekas isteri Ariel disiasat

JAKARTA: Bekas isteri Ariel, Sarah Amalia turut disiasat polis, semalam. Suami Sarah, Sonny Shanou memberitahu Sarah disiasat bukan kerana menghasilkan video lucah dengan Ariel.

“Insya-Allah, Sarah disiasat bukan kerana mempunyai video lucah dengan Ariel,” ujar Sonny di Balai Polis Jalan Trunojoyo di Jakarta Selatan.

Sonny percaya Sarah yang dinikahinya pada 14 Mac 2009 itu tidak ada kaitan dengan kes video lucah Ariel.

“Dia tidak salah apa-apa,” kata Sonny lagi. Menurut Sonny, isterinya disiasat hanya sebagai saksi tetapi tidak menjelaskan butir-butirnya secara terperinci. Sarah yang datang ke balai polis pada jam 11.10 pagi dilihat meninggalkan balai kira-kira jam 2.15 petang dengan ditemani Sonny.

Ketika keluar dari balai polis, Sarah dikerumuni wartawan bertanyakan maklumat lanjut mengenai siasatan dilakukan pihak polis, namun Sarah tidak mahu mendedahkan apa-apa.

“Maaf ya, saya tidak boleh beritahu sebarang maklumat kepada anda. Saya hanya ditanya mengenai kes video Ariel saja,” jelas Sarah. Menurut Sarah, pihak polis tidak mengajukan banyak pertanyaan kepadanya dan dia juga tidak tahu sama ada pihak berkuasa itu akan memanggilnya lagi atau sebaliknya.
-Agensi-

Tiada ulasan: