"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Felda Bankrap': Pejabat Suara keadilan diserbu

Kira-kira 200 orang menyerbu pejabat organ PKR Suara Keadilan di Shah Alam alam bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap laporan terbaru di muka depannya yang berjudul 'Felda Bankrap', kata ketua editor akhbar berkenaan.

Dzulkarnain Taib berkata, sejak jam 1.30 tengah hari tadi, kumpulan yang mendakwa sebagai generasi kedua peneroka Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) berkumpul sedikit demi sedikit sebelum menyerahkan memorandum bantahan mereka dua jam selepas itu.

"Saya difahamkan mereka datang daripada sekitar Selangor, Johor dan Perak. Terima kasihlan sebab datang jauh-jauh. Bagi kami tidak ada apa, ini merupakan satu proses demokrasi," katanya.

Menurut Dzulkarnain lagi, kelihatan juga beberapa naskhah Suara Keadilan dibakar.

Tiada ulasan: