"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Interlok: Puak tak sependapat duduk semeja

Satu lagi 'pertemuan muhibah' akan diadakan oleh Pemuda PAS dengan persatuan penulis, budayawan dan NGO bagi membincangkan serta mencari jalan meleraikan kontroversi yang melanda novel "Interlok".
NONEPada pertemuan pertama Khamis lalu, ketua penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata kedua-dua pihak berjaya mencapai beberapa keputusan bersama - antaranya membantah pembakaran novel tersebut.

Mereka juga bersepakat menggunakan kaedah dialong untuk menyelesaikan polemik yang timbul.

“Pertemuan di PKNS Bangi petang Khamis bersetuju menghormati karya seni tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussin yang mengandungi unsur-unsur sejarah dan imiginasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Suhaizan, keputusan pertemuan itu juga menggesa semua pihak harus berhati-hati kerana khuatir dengan perangkap politik di sebalik polemik novel berkenaan.

"Pertemuan bersejarah ini merupakan kali pertama diadakan bagi membincangkan isu novel Interlok yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

NONE"Perbincangan dalam pertemuan ini berjalan dengan lancar . Setiap wakil mengemukakan pandangan dengan penuh kematangan.

"Mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun membincangkan isu yang sensitif," katanya .

Antara persatuan penulis dan budayawan yang hadir adalah Seniman Paksi Rakyat Malaysia(PAKSI), Budayawan Bertindak (BB), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), dan Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa & Pustaka.

Manakala kumpulan NGO masyarakat India yang turut hadir antaranya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Makkal Sakti, Malaysian Indian Voice (MIC) dan Indian Movement serta individu seperti peguam dan pensyarah universiti.

NONESuhaizan yang bertindak sebagai moderator bagaimanapun menjelaskan terdapat beberapa yang menemui jalan buntu akan dibincangkan dalam pertemuan kali kedua berhubung kewajaran Interlok menjadi buku teks sastera tingkatan lima sekolah menengah.

Sehubungan itu, setiap kumpulan diminta menyediakan asas yang kukuh mengenai hujah masing-masing dengan penuh hikmah kerana "ia melibatkan maruah kedua-dua pihak".

"Bagi sebahagian masyarakat India perkataan “paria” pada muka surat 211 dan isu kasta muka surat 219 boleh menyebabkan suasana tidak harmoni di kalangan para pelajar sekolah, (ia juga) memberi pandangan negatif terhadap masyarakat India dan didakwa menjatuhkan maruah mereka.

azlan"Sedangkan di pihak kumpulan budayawan pula berpendapat bahawa menarik balik Interlok daripada menjadi buku teks sekolah merupakan penghinaan terhadap Sasterawan Negara Abdullah Hussain, menghina karya seni dan menjatuhkan maruah budayawan," katanya.

Dalam pertemuan berkenaan, Suhaizan berkata kumpulan budayawan mengemukakan beberapa cadangan untuk mempertahankan novel berkenaan sebagai buku teks dengan membuat penyesuaian.
Antaranya:
  • Membuat penerangan perkataan-perkataan yang sensitif Interlok dalam ruang glosari,
  • Menyediakan buku ulasan terhadap novel bagi mengelakkan sebarang kekeliruan
  • Melatih guru-guru untuk memberi penerangan yang sebenar terhadap Interlok.
NONEManakala cadangan kumpulan NGO masyarakat India pula, kata Suhaizan adalah supaya perkataan dan kandungan sensitif dalam novel tersebut dikeluarkan atapun menggugurkan novel berkenaan daripada menjadi buku teks sekolah.

Mesyuarat kali kedua dijadualkan di tempat yang sama pada Rabu 19 Januari ini, jam 2.30 petang.
NONEKemelut Interlok menjadi parah, apabila beberapa NGO India yang didalangi beberapa parti politik tertentu membakar novel berkenaan.

Ini disusuli dengan beberapa laporan polis oleh badan-badan seperti, Gapena dan PENA yang membantah tindakan itu kerana dianggap menghina sasterawan negara, membangkitkan kemarahan orang Melayu, malah boleh mencetuskan ketegangan kaum. 
-malaysiakini-

Tiada ulasan: