"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

“Kalau ada yang kata jangan serang Umno, pergilah masuk Umno”, Apa maksud Naib Presiden Pas, Iskandar Samad ini?

Perlu pertahan Selangor, tanpa kerajaan Pas akan dibully, kata Exco Pas

MALAYSIA DATELINE

Posting Iskandar dalam FB beliau.

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad menegaskan, parti itu perlu terus pertahankan Selangor.

Katanya, tanpa kerajaan Pas akan ditipu dan dibuli.

“Kalau kita takde kerajaan kita akan ditipu dan dibully.

“Perlu terus pertahankan Selangor,” kata exco kerajaan negeri Selangor itu dalam posting terbarunya di facebook.

Semalam, Iskandar membuat satu lagi posting yang menimbulkan pelbagai reaksi.

“Umno tengah hebat serang Pas di Pandan isu Jamal Pak Tongko.

“Kalau ada yang kata jangan serang Umno, pergilah masuk Umno,” kata Adun Chempaka yang terletak dalam parlimen Pandan itu.

Ia telah menimbulkan pelbagai reaksi termasuk, “Siapa yang larang serang Umno tu.”

Tiada ulasan: