"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Husam dakwa ada bukti rakaman Pas bekerjasama dengan Umno

ZIKRI ABDULLAH
Pendedahan berkaitan Pas sedang berpakat dengan Umno semakin panas apabila wujud satu taklimat mengenai perkara itu secara tertutup dan sulit.

Naib Presiden AMANAH, Husam Musa berkata beliau memiliki rakaman taklimat berkenaan dan bersedia mengeluarkannya apabila hampir pilihan raya.

“Saya ada rakaman itu dan pemimpin itu akan tahu saya benar-benar memilikinya.

“Ini kerana pemimpin berkenaan menyebut dalam rakaman itu kalau ada sesiapa bocorkan dia akan disumpah jadi abu,” katanya ketika berucap merasmikan Bilik Operasi Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Dun Kadok malam tadi.

Dari rakaman itu katanya dapatlah diketahui bahawa Pas sudah bekerjasama dengan Umno.

“Pas sudah ambil duit Umno.

“Termasuk dalam pilihan raya negeri Sarawak, ambil duit daripada Umno,” katanya.

Mengulas pengakuan Presiden Pas bahawa ada “taawun” dengan Umno beliau berkata, ia merujuk kerjasama dalam pilihan raya.

“Caranya adalah Pas bertanding tiga penjuru supaya menang Umno.

“Perkara ini tentu tidak akan diberitahu kepada pengikut bawahan.

“Ini yang orang Pas wajib tahu dan saya wajib sampaikan,” katanya.

Beliau seterusnya mencabar pimpinan berkenaan yang kini tahu ancaman “sumpah jadi abu” ada di tangan beliau menafikan perkara itu.

“Sila buat penafian kalau perkara ini tidak benar.

“Jika jelas perkara ini benar, pilihan raya ini hanya ada dua pilihan antara PH dan Barisan Nasional (BN).

“Ini kerana menyokong Pas dalam pilihan raya ini hanya bertujuan memenangkan BN,” katannya.

Beliau turut mempertikaikan kenyataan presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti itu bertanding untuk menyelesaikan masalah-masalah negara.

“Melalui wawancara dalam akhbar mingguan beliau kata bertanding nak selesai masalah negara.

“Tolong selesai masalah Kelantan dululah,”katanya.

Yang terbaru katanya, pelbagai masalah timbul dalam pengurusan Ladang Rakyat.

“Ladang Rakyat melalui koperasinya yang menguruskan dana ahlinya dari golongan miskin membeli sebuah setesen minyak di Tunjong.

“Akibat salah urus, setesen itu telah terhenti operasi hampir setahun.

“Apa yang malang apabila perkara ini didedahkan oleh satu bloh, mereka boleh jawab, apa masalahnya kalau tak operasi,” katanya.

Sikap seperti ini kata beliau telah menyebabkan kerugian demi kerugian kepada wang rakyat.

“Telah banyak yang telah saya dedahkan, dan banyak lagi yang cuba disembunyikan.

“Kalau mengurus Kelantan penuh dengan kegagalan bagaimana nak janjikan untuk selesaikan masalah negara,” soalnya.

Tiada ulasan: