"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengurus tak sedar aksi seks dengan pekerja dirakam (Gambar)

Seorang pengurus Tesco dan pekerja remaja dipaksa berhenti kerja pada minggu ini selepas ‘buat hal’ di pejabat belakang.

Pengurus hasil segar, Neville Fox, 35, dan Caitlyn Kirby, 19, dirakam sedang melakukan seks melalui tingkap bilik kakitangan.

Sekumpulan lelaki di bahagian luar merakamkan kejadian itu dan menyiarkannya di media sosial.

Ini mengakibatkan Fox dan Kirby ‘diiring’ dari premis itu di Norwich.

Remaja itu mendakwa pengurus berusia 35 tahun itu memberitahu dia telah putus dengan kekasihnya, seorang pengurus berusia 54 tahun di cawangan sama.

Bagaimanapun, apa yang dikatakannya itu didapati tidak benar.

Bercakap kepada The Sun, Fox, yang kini telah meninggalkan syarikat itu berkata:

“Saya tak akan cakap apa-apa. Saya tak akan beri komen.

“Tesco akan mengulas yang sepatutnya seperti apa yang mereka lihat dan kita tetap dengan pendirian. Tidak benar saya dipecat. Saya tidak akan bercakap apa-apa lagi.”

Kirby, bagaimanapun, bercakap mengenai kejadian itu menyatakan keluarganya telah menggelarkannya sebagai ‘Kim Kardashian of Norwich’.

Dia mengaku berasa ‘sangat malu’ dan mahu melarikan diri ke Brazil untuk mengelak dari video itu, yang telah menjadi tular.
-kualalumpurpost 

Tiada ulasan: