"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Paling lama 2 tahun saya jadi PM - Tun Dr Mahathir

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau masih mampu untuk berjuang bagi menukar kerajaan pada PRU14.– Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Februari, 2018.

DR Mahathir Mohamad berkata beliau akan hanya akan menjadi perdana menteri dua tahun paling lama sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke 14.

Bekas perdana menteri yang berusia 92 tahun yang juga pengerusi pakatan pembangkang berkata demikian kepada akhbar Jepun, The Mainichi dan menyatakan beliau hanya realistik mengenai usianya.

"Saya tidak boleh lama. Paling lama, saya boleh tahan dua tahun," kata Dr Mahathir kepada The Mainichi.

Bagaimanapun katanya, beliau masih mampu berjuang untuk menukar kerajaan dalam pilihan raya umum ke 14, walaupun untuk berdepan dengan parti pemerintah Barisan Nasional satu perkara yang agak sukar.

Dr Mahathir dinamakan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan sekiranya pakatan pembangkang itu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum Ogos.

Pencalonannya bagaimanapun menimbulkan bantahan daripada beberapa pihak yang mahu beliau bertanggungjawab terhadap keputusannya ketika memegang jawatan sebagai perdana menteri selama 22 tahun yang menghakis kebebasan institusi kebangsaan dan membendung kebebasan sivil.

Bekas perdana menteri itu juga berkata pakatan pembangkang akan melakukan yang terbaik untuk memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong bagi pemimpin pembangkang yang dipenjarakan, Anwar Ibrahim untuk memberi laluan kepadanya menjadi perdana menteri.

Anwar, yang merupakan timbalan Dr Mahathir ketika pentadbirannya sebagai perdana menteri, kini menjalani hukuman penjara ima tahun selepas disabitkan dengan kesalahan liwat pada 2015.

Dr Mahathir juga menyentuh mengenai kerajaan yang mengembangkan hubungan dengan China, dan berkata Malaysia tidak lagi neutral di peringkat global.

Katanya, China melihat Perdana Menteri Najib Razak sebagai sumber dana untuk pinjaman, namun ini akan menjadi isu apabila negara tidak mampu membayar hutangnya.
-malaysiakini

Tiada ulasan: