"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PELIK: Ekonomi berkembang tapi rakyat tak berduit - Pengarah urusan pasaraya Mydin

Rakyat tak berduit walaupun ekonomi berkembang, kata Mydin
Pengguna tidak dapat memenuhi peningkatan kos barangan walaupun ekonomi Malaysia dilaporkan meningkat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 5 Februari, 2018.

RAKYAT awam, yakni pengguna tidak dapat memenuhi peningkatan kos barangan walaupun ekonomi Malaysia dilaporkan meningkat.

Inilah rumusan oleh bos pasar raya tempatan Ameer Ali Mydin bila menghuraikan data tentang bagaimana tahun lalu penjualan merosot di seluruh pasar raya di negara ini.

Diakibatkan penjualan yang rendah, kemerosotan dalam pertumbuhan untuk pasar raya terjadi kerana harga untuk lebih 100 jenis makanan meningkat sebanyak 14% dalam lima tahun kebelakangan ini.

“Saya fikir rakyat tak ada duit,” kata Ameer, pengarah urusan Mydin dalam temu ramah bersama stesen radio BFM.
-themalaysianinsight

Tiada ulasan: