"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa PAS pilih model Taliban?

MENGEJUTKAN, apabila presiden PAS mengambil Model Taliban sebagai bentuk kabinet yang mahu beliau laksanakan, andai mereka membentuk kerajaan di Persekutuan.

Dalam pemerintahan Taliban, memang melaksanakan konsep pemerintahan bahawa bukan Muslim berada di peringkat eksekutif sahaja.

Sudah pasti dianggap ajaib, andai presiden PAS memilih model kerajaan Taliban, yang bukan sekadar terbukti gagal, bahkan melahirkan pendekatan ganas dan pertumpahan darah.

Saya kira, PAS perlu sedar. Walaupun wujud kelemahan yang sedikit, setakat ini tidak ada lagi sistem politik yang lebih baik dari demokrasi. Malahan, ia juga diakui oleh majoriti ulama Islam moden pada hari ini.

Sistem ini, tidak pernah menginstitusikan pembunuhan seperti mana model Taliban dan Khalifah, sehinggakan mereka boleh menuduh yang membangkang sebagai bughah.

Pertumpahan darah dalam rangka demokrasi, selalunya datang dari orang yang tidak bertanggungjawab, sepertimana ISIS yang tidak bertanggungjawab menggunakan alasan Islam untuk halalkan kejahatan mereka.

Saya berpendapat, PAS wajar mengambil pendekatan jujur dengan demokrasi, bukan menggunakan saluran demokrasi untuk berkuasa sahaja yang kemudian berusaha menidakkan roh dan semangatnya pada saat berkuasa di Putrajaya kelak. Wallahu A'lam. – 5 Februari, 2018.

* Wan Ji Wan Hussin ialah pegawai penerangan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Tiada ulasan: