"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menarik, jika Pas Umno bentuk kerajaan di Perak dan Kedah

MALAYSIA DATELINE
"Hatta di Kelantan dan Terengganu, mereka tidak bergabung. Hanya ada kerajaan Pas di Terengganu dan Kelantan manakala di Pahang dan Perlis, kerajaan BN," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu.

AMANAH tidak ada masalah jika bnear Pas dan Umno mahu membentuk kerajaan baru di Perak dan Kedah ekoran perpaduan antara kedua-dua parti itu jika mereka mendapat majoriti.

“Saya percaya rakyat mahu melihat apa bentuk kerajaan yang akan dibentuk oleh Pas dan BN ini serta apa yang mereka boleh buat.

“Saya percaya jika mereka boleh membuatnya, ia satu perkara yang menarik untuk dilihat,” kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Ini kerana, katanya, sekarang ini tidak ada kerajaan sedemikian rupa yang dibentuk.

“Hatta di Kelantan dan Terengganu, mereka tidak bergabung. Hanya ada kerajaan Pas di Terengganu dan Kelantan manakala di Pahang dan Perlis, kerajaan BN,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Namun begitu, bagi Khalid, Kerajaan Pakatan di Perak dan Kedah masih stabil dan tidak kelihatan berlaku sebarang pergerakan lagi untuk menukar kerajaan negeri itu.

“Namun jika mereka bergabung dan mendapat majoriti, kami akan menghormati undang-undang. Jika mereka mendapat majoriti, mereka boleh membentuk kerajaan baru,” katanya.

Sementara itu, semua pihak termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang di negeri ini diminta menghentikan spekulasi kononnya kemungkinan berlaku kerajaan campuran antara Barisan Nasional dan Pas di Perak, kata Menteri Besar Perak.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata semua pihak seharusnya tidak berterusan bercakap mengenai perkara itu, sebaliknya memberi perhatian kepada usaha untuk membangunkan negeri dan berkhidmat kepada rakyat.

“Tolong la berhenti (cerita) politicking, sekarang ini masa kita buat kerja, fokus kepada tanggungjawab hakiki kita sekarang. Cerita ini memang seronok dimainkan di media sosial tapi tidak bawa apa-apa keuntungan kepada usaha untuk bangunkan negeri dan beri perkhidmatan kepada rakyat,”

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai spekulasi kononnya ADUN PH akan melompat menyertai pembangkang, yang masih hangat diperkatakan.

Tiada ulasan: