"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Timbalan Presiden AMANAH difitnah

AKMAL MANAF
Poster yang tular di media sosial baru-baru ini, melibatkan kenyataan Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Salahuddin Ayub adalah fitnah semata-mata.

Poster di laman sosial Facebook itu mengandungi muka Salahuddin beserta kenyataan palsu “Bangsa Cina harus diberi peluang untuk mentadbir negara”, yang sengaja disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak pernah membuat kenyataan tersebut. Kenyataan tersebut adalah berniat jahat dan merupakan fitnah terhadap saya.

“Beberapa pengguna Facebook dengan sengaja telah menyebarkan kenyataan palsu tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Salahuddin yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan, pada tahun 2017, beliau cuma menyatakan bahawa Melayu Singapura telah muncul cemerlang dalam pelbagai sektor utama.

“Saya juga telah mengucapkan tahniah kepada Halimah Yacob kerana diangkat sebagai presiden Melayu kedua dan wanita pertama republik itu.

“Disebabkan kenyataan fitnah itu, saya telah menghubungi peguam saya dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka,” katanya lagi.

Tiada ulasan: