"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penduduk Kedah bengang tanah rizab didakwa dipindah milik kepada bukan Melayu

SITI NUR ZAWANI

Sekumpulan penduduk di mukim Hutan Kampung, Alor Setar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kedah atas dakwaan Tanah Rizab Melayu milik nenek moyang mereka berpindah milik kepada bukan Melayu

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya mengesyaki terdapat unsur-unsur yang menyalahi undang-undang dalam perkara tersebut.

“Kita hadir di SPRM Kedah untuk membawa aduan berkaitan dengan sebuah tanah yang telah didiami oleh sembilan penghuni yang merupakan warga emas dan anak cucu mereka.

“Kita minta SPRM siasat beberapa perkara iaitu bagaimana pindah milik boleh berlaku sedangkan geran asal masih lagi dipegang oleh penduduk kampung ini,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Hishamuddin berkata lagi, MHO bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk penyelesaian kepada permasalahan lot tanah tersebut yang merupakan Tanah Rizab Melayu namun, telah dipindah milik kepada individu dan syarikat yang bukan Melayu.

Menurutnya, NGO berkenaan menyeru pihak kerajaan negeri Kedah untuk lebih proaktif berkenaan dengan permasalahan Tanah Rizab Melayu yang seharusnya tanah tersebut dimiliki dan dipindah milik kepada Melayu sahaja mengikut peruntukan Enakmen Simpanan Melayu 1930.

Seksyen 6 Enakmen Tanah Rizab Melayu menyatakan Tanah Rizab Melayu tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dipajak, tidak boleh ada permohonan gadaian ataupun tidak boleh digadai kepada bukan Melayu.

Tiada ulasan: