"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis: Pemandu kereta dihempap tayar lori tercabut parah

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my
Anggota bomba memeriksa kereta yang remuk dihempap tayar lori tercabut di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur, kelmarin. FOTO tangkap layar video viral.
Anggota bomba memeriksa kereta yang remuk dihempap tayar lori tercabut di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur, kelmarin. FOTO tangkap layar video viral.
Kuala Lumpur: Pemandu kereta yang tersepit selepas Proton Iriz dipandu dihempap tayar lori tercabut di Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, kelmarin, mengalami cedera di kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Superintendan Suffian Abdullah berkata, lelaki berusia 31 tahun yang juga penjawat awam itu parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

"Pemandu kereta lain yang terbabit kemalangan tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, beliau memaklumkan kemalangan itu berlaku pada 6.40 pagi Isnin ketika lori dipandu lelaki berusia 50 tahun dalam perjalanan dari arah Rawang menghala Sungai Besi.

"Dua tayar lori berkenaan tercabut dan masuk ke laluan bertentangan, mengenai kereta Proton Iriz dan Proton Saga.

"Kereta Proton Iriz yang dipandu dari arah Jalan Mahameru menghala ke Jalan Duta tidak sempat mengelak lalu hilang kawalan sebelum terbabas di kiri jalan," katanya.

Tiada ulasan: