"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli Parlimen ditemui maut dibunuh selepas seminggu hilang

Harapandaily

Seorang Ahli Parlimen Bangladesh ditemui maut dibunuh di bandar Kolkata, India, kata Menteri Dalam Negeri, Asaduzzaman Khan.

Anwarul Azim Anar, 56, sebelum ini dilaporkan hilang selama seminggu.

Mayat pemimpin yang dulunya memulakan perniagaan dadah sekitar tahun 1986 itu dijumpai di sebuah apartmen di New Town, Kolkata.

Beliau dari parti Liga Awami hilang pada 13 Mei lalu iaitu sehari selepas beliau mendapatkan rawatan perubatan di Kolkata.

Susulan itu, tiga individu warga Bangladesh telah ditangkap atas kejadian berkenaan.

“Kami tidak boleh mendedahkan semua maklumat buat masa ini bagi kepentingan siasatan,” kata Khan.

Anwarul pertama kali dipilih ke Parlimen pada 5 Januari 2014 mewakili kawasan Jhenaidah sebagai calon Liga Awami.

Dia berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Tetap Parlimen di Kementerian Perkapalan.

Tiada ulasan: