"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno dah 'bakar' al-Quran sejak 1946 lagi

Ustaz Saiful Bahri

Hasrat Paderi Terry Jones untuk membakar al-quran ditarik balik apabila timbulnya desakan seluruh dunia termasuk kecaman dari negara-negara muslim untuk membatalkannya. Obama dan juga panglima pasukan AS di Afghanistan, Jenderal David Petraeus menyebut tindakan tersebut membahayakan nyawa tentera US di Amerika dan rakyat Amerika diseluruh dunia. Hillary Clinton juga menyebut rancangan itu "memalukan". Bahkan ia dikutuk juga oleh Vatican sendiri.

Paderi Terry Jones, penulis buku ‘Islam is of the evil‘ berkempen mempromosikan Hari Membakar Quran di gereja di Gainsville, Florida, Amerika Syarikat di antara 6 petang dan 9 malam pada 11 September 2010.

Tujuan hari dianjurkan The Dove World Outreach Center itu untuk memperingati mangsa kejadian 9/11 dan kononnya untuk menentang keganasan Islam

Gereja Gainesville menjadi berita kontreversi tahun lalu setelah mengatakan, "Islam adalah setan”. Kini paderi yang sama dilaporkan menggesa semua penganut agama Kristian di Amerika Syarikat menghantar salinan Quran melalui internet untuk dibakar dalam jumlah banyak. Dia mendakwa, polis menghormati hak terbabit manakala pasukan bomba tidak menghadapi masalah berhubung rancangan melaksanakan tindakan itu. Gereja yang dianggotai 50 orang ahli itu turut menjual mug dan kemeja-t dicetak phrasa ‘Islam is of the evil’.

Negara yang dikatakan tidak boleh mengambil tindakan kerana Negara tersebut sebagai Negara demokrasi dan mengutamakan kebebasan beragama dan hak bersuara itu boleh menggundang perbalahan agama apabila adanya pihak yang tidak tahu menghormati kitab suci agama lain. Muhammad Musri, imam yang memimpin komuniti muslim setempat, Islamic Society for Central Florida, hadir ketika Jones menyampaikan pernyataan dan kemudian memasuki gereja untuk berbincang dengan paderi tersebut dan kemudiannya membuat kenyataan menarik balik hasrat gereja beliau untuk membakar al-Quran esok hari.

Sementara itu warga Afghan pernah berdemontrasi atas penghinaan tentara penjajah di Afghanistan yang membakar Al Qur’an. Sekitar 300 demonstrator mengadakan demo pembelaan terhadap Al Qur’an yang dihinakan para pasukan penjajah di Afghanistan. Namun aksi pada 26 Oktober 2009 tersebut dibubarkan polis setelah mula timbul kekerasan. Ia berlaku setelah diberitakan bahwa sejumlah tentera Amerika membakar mushaf Al Quran selama operasi menentang pejuang Taliban di wilayah Wardak, Selatan Kabul, awal bulan ini.

Bayangkanlah kalau pembakaran al-Quran benar-benar terjadi ia akan menggamit tentangan umat Islam diseluruh dunia. Dalam masa yang sama tindakan bodoh paderi tersebut sebenarnya akan mendetik hati penduduk dunia untuk mengenali al-Quran dengan lebih jelas.

Sementara itu Muslim di Kanada mengambil tindakan dengan membahagi-bahagikan Alquran secara percuma untuk menyebarkan pesan kedamaian Islam kepada masyarakat di Kanada dan Amerika Syarikat. ”Kita membuat langkah proaktif dan kami berharap ini akan memiliki respon positif. Banyak orang memusuhi Islam karena ketidaktahuan mereka tentang agama ini. Jika mereka mendapatkan kesempatan untuk membaca Alquran, yang merupakan keajaiban dari Allah SWT, pasti ini akan mengubah pikiran mereka,” kata Kapoor yang merupakan anggota dari Masyarakat Islam Amerika Utara (ISNA) melakukan itu untuk menjawab ‘Gerakan Hari Membakar Alquran’ yang dicetuskan geraja di Gainesville, Florida itu.

Ingatlah Al-Quran itu milik Allah Swt. Dia pasti menjaganya. Ianya merupakan kitab suci dan mukjizat Rasulullah Saw. Firman Allah:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
“
Kami yang menurunkan al-Quran itu dan Kamilah yang memeliharakannya” Surah al-Hajr: 9
Betapa banyak perancangan musuh yang dendam dengan al-Quran yang mereka gagal untuk berhujjah dengannya mengambil sikap memusuhi anugerah Allah yang hebat yang dikurniakan buat manusia iaitu Kitab petunjuk dan pedoman buat Insan. Apapun kita tetap yakin dengan apa yang difirmankan :

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ . هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya". Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci. (Surah as-Saff: 8-9

Tindakan mereka ini akan terus melonjakkan kemasukan Islam di bumi Amerika & Eropah khususnya. Semakin banyak mereka menekan Islam & al-Quran semakin ramai orang mendekatinya, I’Allah.

Yang kita hairankan bagaimana rakyat Malaysia yang merasakan marah dan membantah usaha orang kafir untuk membakar al-Quran tetapi pemerintah peninggalan penjajah, UMNO-BN yang tidak melaksanakan ajaran-ajaran al-Quran mereka boleh bersekongkol dengannya. Apa makna al-Quran kepada UMNO. Ia dianggap sebagai kitab suci, kitab azimat semata. Kitab yang dimusabaqahkan dan sebagai hantaran mas kahwin. Hukum-hakam, undang-undang, larangan riba, pendidikan rabbani, larangan sosial dan sebagainya tidak diendah dan dipedulikan.

Hakikatnya UMNO-BN sendiri sudah 'membakar' al-Quran semenjak tahun 1946 apabila tertubuhnya UMNO itu menjadi tali-barut penjajah dan terus menegakkan undang-undang dan peraturan penjajah sehingga kini. Bangkitlah rakyat Malaysia. Kita hidupkan kembali roh al-Quran yang telah dibakar jiwanya oleh pengkhianat UMNO-BN.

Rusuk patah dan kesan lebam di belakang Aminulrashid - Makcik Norsiah

Raudhatul Janah

"Kami sekeluarga amat merasakan kehilangannya” – demikian luahan Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid Amzah pelajar 15 tahun yang di tembak mati oleh polis di Shah Alam, April lalu.

Ketika umat Islam menyambut Aidilfitri dengan gembira, keluarga Allahyarham masih berbalut duka atas kepergian Aminulrasyid ke rahmatullah dalam usia yang begitu muda.

Linangan air mata mencerminkan rasa sebak sekeluarga Aminulrashid apabila mereka berkumpul di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam di pagi Aidilfitri untuk berdoa dan membaca Yassin bagi Allahyarham.

Hujan yang mengiringi doa mereka menambahkan kesyahduan Aidilfitri untuk keluarga ini.

Bagi mereka, hari raya tetap menandakan kemenangan ke atas hawa nafsu dan masa untuk melakukan fitrah.

Namun keseronokan mengharungi Ramadan dan menyambut Aidilfitri pudar kerana ketiadaan hilai ketawa Aminulrasyid.

Yang ada pada mereka, adalah cuma kenangan detik-detik manis yang dihabiskan oleh mereka bersama Allahyarham.

"Kita dah biasa dengan Aminulrashid pada waktu raya. Sekarang dia dah tak ada, rasa semacam. Apabila buat persiapan, teringat dia. Mak cik pandang baju, teringat dia. Bila beli baju baru, dia paling suka. kejap-kejap dia salin, tukar baju dan tanya makcik. Karekter dia membuat makcik sentiasa teringat padanya," imbas Norsiah.

"Allahyarham suka makan lontong, sate, bihun. Raya macam ni teringat dia. Hari ini rasa kosong. tapi kerana raya, makcik buat ala kadar. tapi baju raya dia tahun lepas ada lagi siap tergantung"

Justeru Hari Raya kali ini dan seterusnya tidak mungkin sama dengan sambutan yang dilalui bersama Aminulrashid.

"Memang berbeza, sunyi tak ceria. Walaupun buat persiapan, Macik selalu dahulukan dia, sebab dia anak bongsu istimewa. Sekarang dia tak ada, kita tak ada semangat, terasa sangat kehilangan dia. Rasa ternampak-nampak dia,” tambah beliau.

“Paling terasa bulan puasa. makcik tak pergi terawih sebab sebelum ni teringat dia yang ajak makcik. Dulu pergi surau pun dengan dia. Sekarang Cuma nampak kawan-kawan dia…Makcik amat merasakan kehilangannya. Tak boleh bayangkan…"

Aidilfitri menandakan genap lima bulan Allahyarham ditembak mati oleh polis apabila dikatakan tidak berhenti pada sekatan jalanraya. Tindakan menembak mati remaja itu menimbulkan pelbagai kecurigaan mengenai kewibawaan polis.
Setakat ini hanya seorang anggota polis di hadapkan ke mahkamah walapun insiden itu membabitkan pelbagai peringkat anggota polis dan kenyataan awal pucuk pimpinan polis yang dilihat sebagai tidak telus.

Koperal Jenain Subi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana menyebabkan kematian Aminulrashid.

Jenain dituduh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Aminulrashid pada di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 Shah Alam membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Rakan Aminulrashid, Azamuddin Omar yang sebaya dengannya, terselamat apabila sempat melarikan diri dan kini menjadi saksi utama kes yang mendapat tumpuan dan kecaman segenap lapisan masyarakat.

Bagi keluarga Aminulrashid, usaha untuk mendapatkan keadilan bagi remaja itu ibrat jalan panjang yang penuh berliku.

"Makcik paling sedih apabila Polis cakap bukan-bukan. Saya tak boleh terima. Bukan mak cik kata semua polis jahat. Tapi mereka yang terlibat tak ada perasaan ke? Cuba dia ada anak, boleh dia buat macam itu?,” kata Norsiah.
“Makcik tak boleh terima bila tengok dua ketul daging otak Aminul ada dekat tempat duduk kereta… makcik tak boleh bayang ketakutan dia masa tu. Dia nak balik rumah bukan larikan diri," kata ibu berusia 60 tahun, menahan sebak.
Bagi Norsiah, 26 April 2010 adalah hari paling tragis untuk seisi keluarganya. Penemuan mayat Aminulrashid bagaikan mimpi ngeri yang tidak hilang dari ingatan.
.
"Mak cik sakit hati bila pukul 12 tengah hari, makcik pergi hospital untuk cam mayat tetapi pihak hospital tak benarkan sebab tunggu arahan polis. Pukul 3 petang, baru dapat tengok. Polis beritahu makcik, kes masih dalam siasatan. Tetapi mengapa sejak dari pukul satu lagi, sudah ada berita kononnya Aminul penjenayah (dan) penyamun. Apa benda tu? Makcik tak boleh terima,” kata Norsiah.

Norsiah berkata seisi keluarga terkejut dengan keadaan mayat Aminulrashid.
“Abangnya mandikan Aminul, ada kesan lebam dibelakang, rusuk patah. Makcik rasa dia lanyak. Zalim ke tak zalim tu?" kata Norsiah mengenang nasib anaknya pada Hari Raya pertama Aidilfitri.

"Mungkin ini iktibar, dan nak tunjuk bagaimana cara polis buat kerja, maka dipilih anak Makcik, Aminul dan Azan (saksi dan rakan Aminulrashid), seorang anak Polis. Kita nak tengok bagaimana Polis buat kerja. Aminul ni, makcik redha dengan cara dia pergi begitu" kata Norsiah sebelum beredar pulang ke rumah bersama anggota keluarganya.

Malaysia Today Diserang, Dihalang Siar Dokumen Bongkar Rahsia PM

Pihak tertentu mahu menyekat portal sensasi Malaysia Today dari menyiarkan dokumen yang dikatakan membongkar skandal membabitkan pemimpin atasan Kerajaan Malaysia.

Laman yang dikendalikan Raja Petra Kamarudin dilanda masalah teknikal yang misteri sepanjang 24 jam lalu sebaik sahaja ia menerbitkan rencana memperincikan bagaimana Umno merompak kekayaan Sistem Penerbangan Malaysia.

"Kami diserang bertubi-tubi," kata Raja Petra kepada Asia Sentinal.

"Kita menghadapi masalah sejak 12 jam lalu, dan sehari sebelum itu selama 24 jam. Nampaknya seseorang melaburkan wang yang banyak untuk menghalang kami dari ke udara," tambah beliau.

Bahkan, akses unit teknologi laman web itu berjaya dipulihkan hanya buat seketika, sebelum akses itu terputus kembali.

"Laman ini diserang beberapa jam selepas kami siarkan rencana mengenai MAS. Kita dedahkan dokumen dari dan kepada mahkamah yang menunjukkan ada usaha untuk mengugat kes MAS terhadap Tajudin Ramli.

Raja Petra melarikan diri ke luar negara selepas didakwa memfitnah Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan isteri, Rosmah Mansor, dan diancam dengan penahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Malaysia-Today tanpa lelah menyiarkan rencana dan dokumen-dokumen yang memperincikan salahlaku Tajudin Ramli di MAS. Beliau dituduh merompak jutaan ringgit dan hampir memufliskan syarikat penerbangan nasional itu.

Penyelewengan itu menyebabkan syarikat itu menanggung kerugian RM8 bilion ringgit dan perlu diselamatkan oleh Kerajaan yang memberi pada harga ia dijual, tanpa mengira kerugian yang ditanggung.

Manakala, anggota polis yang bertanggungjawab membongkar penyelewengan itu, Dato Ramli Yusoff, diheret ke mahkamah menghadapi pelbagai tuduhan-tuduhan yang meragukan.

Raja Petra meneruskan kempen beliau dan mengelurkan rencana pada 8 September mendakwa Tajudin diberi kekebalan oleh Umno dengan sokongan mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Raja Petra, beliau telah dikunjungi peguam Tajudin di London, yang memaklumkan bahawa hartawan itu sekadar boneka Umno dalam urusan itu, dan Umno "bukan sahaja perlu melindungi Tajudin dari didakwa, tetapi juga perlu memastikan kerajaan membeli semula saham-saham di MAS pada harga yang sama dijual kepada Tajudin, meskipun nilainya telah jatuh dari nilai sebenar."

Malaysia Today juga bersiap-sedia untuk menyiarkan dokumen yang membutirkan salahlaku di syarikat kaitan Umno, UEM-Renong yang didahulunya diketuai oleh seorang lagi kroni kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Halim Saad telah dituduh merompak perbendaharaan negara dengan mengenakan harga yang melampaui untuk kontrak-kontrak pembinaan.

"Mereka ini adalah sekutu-sekutu Tajudin, berkerjasama untuk mendedahkan salahlaku-salahlaku yang telah berlaku. Mereka adalah boneka Umno. Mereka mahu mendedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Raja Petra.

"Bahkan, Perdana Menteri Najib Tun Razak memberi restu kepada Tajudin Ramli, Rahman Maidin dan Halim Saad untuk bersuara dan menuding jari pada Umno, Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin sebagai penyangak sebenar yang merompak berbilion ringgit wang rakyat."

Bukan itu sahaja, pada 5 September, Malaysia Today menyiarkan rencana mendakwa rakan golf Najib, Tan Kay Hock, yang menguasai saham di Johan Holdings Bhd, meminta RM500 juta dari pegawai-pegawai Kerajaan China yang mendapat kontrak untuk membina projek laluan keretapi nasional.

Mereka diberitahu bahawa RM200 juta adalah untuk keluarga Najib.

Menurut Raja Petra, sistem keretapi negara akan menjadi punca pendapatan baru untuk Najib. Urusniaga membekalkan koc keretapi bernilai RM1.4 bilion dikatakan diraih oleh syarikat Rosmah Mansor.

Koc-koc itu dikatakan berharga RM300 juta sahaja, dan tidak berfungsi.