"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kekosongan Kerusi DUN Kerdau Dimaklum Kepada SPR Esok

TEMERLOH 13 FEB: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin akan memaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Kerdau kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Beliau berkata surat pemakluman itu akan dihantar kepada SPR sejurus pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Katanya pemakluman secara tidak rasmi telah diberitahu beliau kepada pihak SPR semalam.

Sementara itu, Pengarah SPR Pahang Datuk Ismail Mohd Yusoff berkata Wan Mohamed Razali akan menyerahkan notis mengisytiharkan kekosongan kerusi itu kepada SPR esok.

Beliau berkata selepas itu SPR mempunyai masa sehingga dua minggu untuk membuat pengumuman mengenai pilihan raya kecil.

Zaharuddin, 64, dilaporkan terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di kediamannya dan dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital itu pada 7.15 petang semalam.

Allahyarham menjadi wakil rakyat kawasan DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya umum itu, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi.
-tvsnews-

MAHATHIR: Menteri KDN @ Menteri Kacang Putih?

tokpepijat
Doa arwah Ustaz Fadhil agar Tun Mahathir umur panjang dan menyaksikan kesan-kesan dan peninggalannya semasa menjadi PM dimakbulkan Allah Taala.

Hari ini Mahathir menafikan satu fakta sejarah. Operasi Lalang. Menafikan beliaulah bertanggungjawab terhadap Operasi Lalang.

Adakah kita lupa atau Mahathir lupa ketika Operasi Lalang 1987 itu, siapakah Menteri Dalam Negeri yang berkuasa mengeluarkan arahan menangkap mangsa?

Atau Mahathir sudah lupa. Barangkali Mahathir menganggap ketika itu beliau Menteri Kacang Putih?

Apa beza Menteri Kertas Putih(ISA) dengan Menteri Kacang Putih?

Kita masih tertunggu-tunggu apa alasan Mahathir tentang Peristiwa Memali. Siapakah memberi arahan kepada polis untuk membunuh 14 orang kampung di Memali?

Ketika itu Mahathir di China dan Musa Hitam menjadi Menteri KDN.

Adakah beliau? Atau Musa Hitam atau Hanif Omar?

Barangkali Allah Taala panjangkan umur Mahathir bukan sahaja untuk Mahathir menyaksikan kesan peninggalan pemerintahannya 22 tahun juga untuk rakyat Malaysia menyaksikan " aksi nyanyuk" nya satu demi satu!

Revolusi Tunisia dan Mesir merebak ke Algeria, Sudan, Yemen

ALGIERS 12 Feb: Pemberontakan di Mesir yang menyaksikan Presiden negara itu, Hosni Mubarak meletak jawatan, kini merebak ke beberapa buah negara Arab yang lain termasuk di Algeria, Sudan dan Yemen.
People hold an Algerian flag as they demonstrate outside the Algerian consulate in Montreal on Saturday, Feb, 12, 2011, calling for president Abdelaziz Bouteflika to step down. In Algiers, Algeria, thousands defied a government ban on protests and a massive deployment of riot police to rally in the capital, demanding democratic reforms a day after similar protests toppled Egypt's authoritarian leader.
Warga Algeria berhimpun di kedutaan Algeria di Montrel Kanada pada hari Sabtu,12 Feb, 2011. menuntut Presiden Abdelaziz Bouteflika meletak jawatan.
Kira-kira 20,000 rakyat Algeria berarak di Algiers bagi mendesak kerajaan Algeria digulingkan.
Penunjuk perasaan tersebut merempuh sekatan polis mengakibatkan berlakunya pergelutan.
Algerian policemen try to take away a banner from anti-government protesters during a demonstration in Algiers February 12, 2011. About 50 people shouted anti-government slogans in a square in Algeria's capital on Saturday but were encircled by hundreds of police determined to stamp out any attempt to stage an Egypt-style revolt.
Polis Algeria cuba merampas banner anti-kerajaan di perhimpunan menuntut Presiden Algeria berundur di ibunegara Algeria semalam.
Di Yemen pula, beribu-ribu penunjuk perasaan yang mendesak kerajaan pimpinan Presiden, Ali Abdallah Saleh dibubarkan bertempur dengan penyokong kerajaan di Sanaa.

Algerian protesters chant slogans during a demonstration in Algiers, Algeria, Saturday, Feb. 12, 2011. Thousands of people defied a government ban on demonstrations and poured into the Algerian capital for a pro-democracy rally Saturday, a day after weeks of mass protests toppled Egypt's authoritarian leader.Pertempuran dilaporkan berlaku selepas sejumlah lelaki bersenjatakan pisau dan kayu memaksa kira-kira 300 penunjuk perasaan menghentikan demonstrasi menuntut pembubaran kerajaan.
Di Sudan pula, beribu-ribu penduduk berarak ke pejabat badan penyiaran rasmi kerajaan bagi menuntut pembentukan kerajaan baru.

Mereka berarak ke badan penyiaran tersebut selepas ia menyatakan sokongan terhadap kerajaan yang kini dipimpin pihak tentera.
 –Agensi-