"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki cederakan isteri dipenjara lima tahun

Zainon Talip

MIRI: Cemburu kerana isterinya kerap melayari aplikasi TikTok, seorang lelaki bertindak mencederakan wanita itu menggunakan pisau.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian berlaku pada 23 September lalu, jam 9.26 malam di kediaman mereka di Tudan Phase 6, di sini.

“Lelaki berusia 49 tahun itu bertindak menghiris cuping telinga kanan isterinya berpunca daripada perbuatannya yang tidak berpuas hati kerana wanita itu sering melayari TikTok.

“Kejadian kemudian terbongkar selepas anak perempuan mangsa menghubungi talian MERS 999 bagi mendapatkan bantuan.

“Polis yang menerima panggilan kecemasan itu bertindak pantas ke lokasi kejadian sebelum menahan tertuduh,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mohd Farhan Lee berkata, lelaki terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Miri pada 28 September lalu selepas mengaku bersalah.

Tertuduh turut diperintahkan menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Tiada ulasan: