"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Papagomo nak tunjuk hero konon!

senik
Assalamualaikum,,..
Papagomo masih enggan mengakui kebodohannya sedangkan orang kampung yang tak sekolahpun tahu papagomo cuma pandai reka cerita dan minta orang percaya cerita bohongnya.Papagomo sudah tidak nampak, cerita klentongnya tak digemari rakyat terbanyak kerana naluri rakyat yang tidak mahu bersubahat dengan pembohong.Ekoran saman DSAI, Papagomo berusaha menonjolkan imejnya sebagai seorang hero, kononnya perjuangan yang dilakukannya semata mata tidak mahu manusia yang bernama DSAI yang tidak bermoral ditabalkan sebagai PM.

Papagomo tak ubah seperti beruk Mat Yeh yang cuma tahu panjat pokok kepala memetik kelapa untuk tuannya, beruk yang boleh berkata kata dan boleh me "reka" cerita dongeng untuk disebarkan oleh anak buahnya termasuk utusex dan berita hairan.
Papagomo tetap mahu bertahan dan mempertahankan cerita bohong yang sudah tidak perlu dipersoalkan lagi, dan untuk melawan saman DSAI, Papagomo terus mendedahkan pula cerita DSAI dan seorang mahasiswa serta mengemukakan dakwaan dia dipukul curi.

Gambaran yang cuba diketengahkan oleh Papagomo ialah keburukan perangai DSAI walaupun dia sepatutnya bersedia menjawab saman DSAI yang secara jelas dan diketahui mempunyai kelebihan dalam saman itu serta mahu menunjukkan penyokong DSAI sebagai tidak gentelman kerana menyerangnya kerana cerita yang pada Papagomo adalah benar.Itu yang Papagomo mahu buktikan walaupun untuk me "reka" bukti, Papagomo berbohong lagi.Bodohnya Papagomo sudah tidak boeh diajarkan lagi, tidak boleh melihat dan mengakui kebenaran lagi.

Papagomo berdepan dengan saman dan pendedahan demi pendedahan mengenai latarbelakangnya.Tetapi Papagomo tidak bimbang sebagaimana dia menyatakan dia mengikut idolanya Tun Mahathir, jelasnya Mahathir yang memberi jaminan kepada Papagomo, jaminan kewangan kerana Mahathir masih lagi antara jutawan di dunia dan jaminan politik kerana Mahathir masih perasan dia masih lagi ada pengaruh.

Dengan jaminan Mahathir inilah Papagomo terus bongkah dan melawan fitrah manusia yang inginkan dan menyokong kebenaran tetapi Papagomo terus bersikap hero tetapi sebenarnya bukan hero yang sepatutnya.Cerita Papagomo dipukul seolah olah mahu menggambarkan penyokong PR atau PKR khususnya berperangai samseng padahal yang samseng ialah penyokong UMNO.Malah samseng UMNO sudah lama beraksi sehingga ada penyokong PR yang cedera, sedangkan kali pertama didengari pencacai UMNO dicederakan.Dan pencacai itu ialah Papagomo, jadi Papagomo menjadi pencacai yang istimewa kerana dicedarakan oleh penyokong PKR.Papagomo kedengaran mencabar penyokong PKR supaya berdepan dengannya, bukan main pukul curi, tetapi Papagomo lupa samseng sekutunya sudah banyak main pukul curi.

Papagomo tetap dengan imej heronya menerusi perjuangan menyebarkan pembohngan dan dengan imej inilah Papagomo hidup mungkin mengikut arahan Mahathir.Papagomo tidak bimbang kerana Mahathir banyak duit yang boleh tolong Papagomo.

Anwar Ibrahim: Parlimen Mungkin Di Bubar 25 March 2013

psyco
JMR
Selain membongkar fitnah terbaru UMNO dan BN. DS Anwar juga menjangkakan Parlimen akan di bubar pada Isnin 25 March 2013. Yang menarik perhatian yang sering di ucapkan kan Anwar dalam Jelajah Merdeka Rakyat adalah pertemuan 2 jam beliau dengan TS Musa Hassan Apa cerita yang menarik pada pertemuan itu. ??

Siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat ke Bandar Tasik Puteri

Siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat ke Bandar Tasik Puteri
RAWANG 22 MAC: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat ke Bandar Tasik Puteri, Rawang melalui rangkaian internet.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap di Lot 466, Kg Batu 8, Behrang Ulu, Tanjong Malim, Perak dan Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Turut berucap Dr Muhamad Nur Manuty, Datuk Ngeh Kor Ham, William Leong Jee Keen, Zuraida Kamaruddin dan Mustafa Kamil Ayub.

Bekas pegawai tinggi tentera pula ialah Brig Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid dan Mejar (B) Kamal Badri.

Untuk tonton, KLIK INI

Dari Ceramah Atas Lori Ikan, Kini Ceramah Di Bawah Tapi Tetap Tak Mendapat Sambutan

WFAUZDIN NS

Malam kelmarin (19hb Mac 2013), satu ceramah anjuran JATI di Bersebelahan Sukaramai Seafood, Batu Belah Klang, Selangor telah diadakan. Bak kata Blogger Omak Kau, kali ini lori ikan tidak digunakan...rosak kot!!

Tajuk ceramah " Lahad Datu - Siapa Pengkhianat dan Dalang". Biarpun pemimpin Umno selalu sebut jangan politikkan isu Lahad Datu, tapi siapa peduli?

Tentulah penceramah utama malam itu Hassan Jati iaitu orang yang telah ditendang keluar dari PAS akibat meroyan tidak tentu pasal salahkan parti bila jawatan dan kedudukan di dalam parti diambil orang. Sekor lagi yang berceramah malam itu bekas orang kuat KEADILAN, Senatak (Senator Katak) Ezam sesumpah, sekor lagi yang menjual maruahnya melutut kepada pemimpin Umno akibat sesak hidup seperti yang pernah didedahkan oleh Syed Husin Ali, bekas Timbalan Presiden KEADILAN sendiri.

Baru-baru ini pertubuhan yang bernama 'BERSATU' telah diwujudkan di mana menggabungkan JATI, PERKASA, Waris Malaya dan beberapa pertubuhan cicak mengkarung belaan Umno. Kumpullah banyak mana pun pertubuhan cicak mengkarung ini namun rakyat sudah tahu tujuan BERSATU.

Sepatutnya setelah Anwar dilabelkan sebagai kaki seks, ejen negara asing, ejen Yahudi dan kini dalang Lahad Datu, tentulah program malam itu anjuran JATI ini mendapat sambutan hangat paling kurang 500 orang para-para pencacai yang hadir mendengar. Tetapi lihat sahaja lah berapa ramai manusia yang hadir dan beraba banyak 'Syaitan yang dikenali' (ghaib) berada di kerusi kosong?

Kadangkala kesihan melihat Hassan Jati dengan Ezam sesumpah ini. Jika dahulu sewaktu mereka berdua berada bersama rakyat menentang kezaliman, setiap program mereka akan dihadiri tidak kurang dari 1000 orang. Malangnya, setelah bersekongkol dengan pihak yang zalim dan perompak hak rakyat, ini lah balasan yang mereka perolehi. Mungkin mereka tidak perlu lagi kehadiran ramai orang untuk mendengar ceramah mereka kerana jika tiada orang pun poket mereka tetap 'berisi'.

Begitulah keadaannya bila kita berada bersama kumpulan zalim. Di dunia lagi telah dihinakan. Sebaliknya, semakin kuat fitnah ke atas Anwar, lihat sahaja program beliau sentiasa mengundang kehadiran tidak pernah kurang dari 5000 orang walaupun hanya sekadar program minum petang (Hi Tea) sahaja. Ertinya, fitnah bukan budaya bagi rakyat yang bertamaddun. Rakyat mahu mendengar hujah dan fakta berkaitan dasar-dasar negara dan bukan cerita-cerita lucah.
Ehsan Foto: Blogger Omak Kau