"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

LAGI PANAS!!!! Sekarang Rosmah pula didakwa terima RM2 juta dalam akaun peribadi

Sarawak Report mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor menerima RM2 juta dalam akaunnya di Affin Bank.

Blog pembocor rahsia Sarawak Report hari ini mendakwa isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerima deposit dengan jumlah keseluruhan RM2 juta, di antara 10 Februari dan 23 April tahun ini.

Menurut Sarawak Report, jumlah itu didakwa didepositkan seorang “pembantu peribadi” Datin Seri Rosmah Mansor bernama Roslan Sohari menerusi 8 transaksi ke dalam akaun Affin Bank milik “Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)” di cawangan Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur.

"Sarawak Report mempunyai salinan urus niaga ini dan dimaklumkan Roslan hadir di bank itu dengan wang tunai dalam sebuah beg.

"Menurut rekod, deposit-deposit ke dalam akaun itu dibuat 'pembantu peribadi' pemilik akaun," dipetik laporan Sarawak Report.
-malaysianinsider-

Jet Bawa Taib Mahmud Langgar Pesawat MASWings (Gambar)

KUCHING: Sebuah jet yang membawa Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud merempuh pesawat MASWings selepas mendarat di Lapangan Terbang Mukah pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata sayap kiri jet yang dinaiki Taib merempuh bahagian depan pesawat MASWings berkenaan.

"Jet itu baharu sahaja mendarat dan sedang menuju ke terminal sebelum merempuh pesawat MASWings yang sedang parkir," katanya ketika dihubungi.

Bahagian depan pesawat MASWings didapati kemik manakala lampu di bahagian sayap kiri jet mengalami kerosakan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden yang berlaku pada pukul 4.42 petang itu.

Taib berada di Mukah untuk menghadiri majlis berbuka puasa.
-mstar-

Gempar!! Pencuri bogel berkeliaran di Gombak (Gambar)

pencuri-bogel
PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh dikesan giat menjalankan aktiviti mencuri dan menceroboh rumah di sekitar Gombak sejak beberapa bulan lalu.

Lebih memeranjatkan, suspek yang menjalankan jenayah itu sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi dalam keadaan bertelanjang.

Imej suspek yang cuba menceroboh rumah seorang penduduk di Taman Pelangi, Gombak berjaya dirakam litar rakaman tertutup (CCTV) pada Mac lalu.

Menurut maklumat, suspek memecah masuk antara dua hingga tiga rumah pada satu malam.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Murusamy ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan siasatan giat dijalankan untuk menangkap suspek.
-fmt-