"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cuba lari selepas ragut beg, lelaki maut langgar pagar kem PGA

Mohd Roji Kawi
mdroji@bh.com.my
Motosikal suspek yang terbalik selepas melanggar pagar besi di Kem PGA Batu Kawa. - Foto ihsan IPD Padawan
Motosikal suspek yang terbalik selepas melanggar pagar besi di Kem PGA Batu Kawa. - Foto ihsan IPD Padawan
KUCHING: Seorang lelaki yang cuba melarikan diri sebaik meragut beg tangan milik seorang wanita maut selepas merempuh besi pagar kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Batu Kawa, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohf Irwan Hafiz Md Radzi, berkata, kejadian berlaku selepas suspek, 32, meragut beg tangan seorang wanita yang membonceng motosikal bersama suami dan anak lelakinya.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari di Jalan Field Force Batu Kawa, di sini.

"Selepas meragut beg mangsa, suspek kemudian melarikan diri dan merempuh pagar besi di Briged PGA Batu Kawa.

"Pemeriksaan pengenalan diri mendapati suspek warga tempatan tempatan dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan lelaki itu meninggal dunia," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan
Jalan 1987.

Rancangan perangkap suami makan diri

Agensi

Beijing: Bahana buat rancangan perangkap suami dengan pelacur untuk dapatkan wang, wanita dan teman lelakinya dihukum penjara oleh mahkamah China.

Kejadian berlaku di Guizhou di Guiyang, barat daya China apabila wanita dikenali Xiong sengaja berkahwin dengan suami, Bao untuk memerangkapnya.

Dia merancang untuk memfitnah lelaki itu melanggan pelacur, yang boleh mendorong kepada perlakuan jenayah dan membolehkan perceraian difailkan dan isteri mendapat pampasan daripada suami.

Xiong dan teman lelakinya, Li sebelum itu menghadapi masalah kewangan dan dengan bantuan dua lagi lelaki dikenali secara dalam talian, mereka membuat rancangan untuk menipu orang bagi mendapatkan wang.
 
SCMP melaporkan Xiong kemudian mendaftar dengan agensi cari jodoh dan bertemu Bao, sebelum kedua-duanya merancang berkahwin.

Dua lelaki yang membantunya menjayakan rancangan itu kemudian menyarankan pasangan terbabit membuat pinjaman dan selepas mendaftar perkahwinan, Boa memberi mas kahwin 136,666 yuan (kira-kira RM84,000) dan membelanjakan 48,000 yuan (kira-kira RM30,000) untuk barang kemasnya.

Mereka kemudian kembali ke daerah Longli di Guizhou, yang mana ketika makan malam, Li yang menyamar sebagai sepupu Xiong meyakinkan Boa supaya melanggan pelacur untuk keseronokan.

Disebabkan desakan itu, Boa yang curiga kemudian membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan pasangan berkenaan.
-hmetro 

Rogol remaja atas padang, pelatih mengaku salah

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Pelatih institut perladangan, Mohamad Azfar dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas mengaku rogol remaja atas padang. FOTO Alias Abd Rani
Pelatih institut perladangan, Mohamad Azfar dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas mengaku rogol remaja atas padang. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Pelatih sebuah institut perladangan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan di atas padang rumput di Segamat, bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Azfar Asmawi, 18, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, remaja terbabit didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun di atas padang taman permainan di Jementah, Segamat kira-kira 9.30 malam pada 15 November lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Berdasarkan laporan dibuat bapa mangsa, dia berjumpa guru kaunseling di ke sekolah selepas diberitahu anaknya melakukan perbuatan itu pada 19 November lalu.

Mangsa ditemani bapanya kemudian membuat laporan kejadian di Balai Polis Jementah sebelum tertuduh ditahan pada 8 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon satu tarikh bagi membolehkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan laporan sosial berkaitan tertuduh.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan selain tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Kes akan disebut semula pada 14 Januari ini.