"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rogol remaja atas padang, pelatih mengaku salah

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Pelatih institut perladangan, Mohamad Azfar dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas mengaku rogol remaja atas padang. FOTO Alias Abd Rani
Pelatih institut perladangan, Mohamad Azfar dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas mengaku rogol remaja atas padang. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Pelatih sebuah institut perladangan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan di atas padang rumput di Segamat, bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Azfar Asmawi, 18, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, remaja terbabit didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun di atas padang taman permainan di Jementah, Segamat kira-kira 9.30 malam pada 15 November lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Berdasarkan laporan dibuat bapa mangsa, dia berjumpa guru kaunseling di ke sekolah selepas diberitahu anaknya melakukan perbuatan itu pada 19 November lalu.

Mangsa ditemani bapanya kemudian membuat laporan kejadian di Balai Polis Jementah sebelum tertuduh ditahan pada 8 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon satu tarikh bagi membolehkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan laporan sosial berkaitan tertuduh.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan selain tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Kes akan disebut semula pada 14 Januari ini.

Tiada ulasan: