"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video lucah: Bekas isteri Ariel disiasat

JAKARTA: Bekas isteri Ariel, Sarah Amalia turut disiasat polis, semalam. Suami Sarah, Sonny Shanou memberitahu Sarah disiasat bukan kerana menghasilkan video lucah dengan Ariel.

“Insya-Allah, Sarah disiasat bukan kerana mempunyai video lucah dengan Ariel,” ujar Sonny di Balai Polis Jalan Trunojoyo di Jakarta Selatan.

Sonny percaya Sarah yang dinikahinya pada 14 Mac 2009 itu tidak ada kaitan dengan kes video lucah Ariel.

“Dia tidak salah apa-apa,” kata Sonny lagi. Menurut Sonny, isterinya disiasat hanya sebagai saksi tetapi tidak menjelaskan butir-butirnya secara terperinci. Sarah yang datang ke balai polis pada jam 11.10 pagi dilihat meninggalkan balai kira-kira jam 2.15 petang dengan ditemani Sonny.

Ketika keluar dari balai polis, Sarah dikerumuni wartawan bertanyakan maklumat lanjut mengenai siasatan dilakukan pihak polis, namun Sarah tidak mahu mendedahkan apa-apa.

“Maaf ya, saya tidak boleh beritahu sebarang maklumat kepada anda. Saya hanya ditanya mengenai kes video Ariel saja,” jelas Sarah. Menurut Sarah, pihak polis tidak mengajukan banyak pertanyaan kepadanya dan dia juga tidak tahu sama ada pihak berkuasa itu akan memanggilnya lagi atau sebaliknya.
-Agensi-

SPR: Nisbah pengundi baru 2:1, bukan 1:40

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan jumlah sebenar pendaftaran bagi pemilih baru antara Melayu dan bukan Melayu adalah dalam nisbah 2:1, bukannya 1:40 seperti yang didakwa seorang pemimpin Pemuda Umno baru-baru ini.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (
kanan) nisbah dua Melayu dan 1 bukan Melayu itu dikira berdasarkan lebih setengah juta pendaftaran baru sejak suku tahun pertama 2008 hinggalah suku tahun pertama pada tahun ini.

"Tanyalah dia (Pemuda Umno) daripada mana dia dapat (nisbah 1:40)?" katanya kepada Malaysiakinihari ini.

Isnin lalu,
Berita Harian melaporkan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pergerakan itu mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.

Pengerusinya Hishamudin Yahya dilaporkan berkata kajian pihaknya itu merangkumi keseluruhan aspek termasuk umur dan jantina membabitkan golongan muda dan tua.

Justeru, beliau dilaporkan berkata, senario ini seharusnya menyedarkan orang Melayu bahawa kuasa politik mereka boleh terhapus jika terus enggan mendaftar sebagai pengundi.

Dalam wawancara denganMalaysiakini di pejabatnya di Putrajaya hari ini, Abdul Aziz menjelaskan daripada keseluruhan 569, 137 pemilih baru, sebanyak 62 peratus atau 355,807 orang daripada kalangan orang Melayu, Cina sebanyak 23.03 peratus (131,047 orang) dan India 4.89 peratus (27,823 orang).

Manakala bagi bumiputera Sabah pula sebanyak 3.67 peratus (20,871 orang), bumiputera Sarawak sebanyak 4.76 peratus (27.104 orang), Orang Asli 0.42 peratus (2,378) dan lain-lain sebanyak 0.72 peratus (4,109 orang).

Statistik Mei berbeza

Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz pendaftaran pada bulan lalu melalui parti politik menunjukkan golongan Melayu ketinggalan berbanding kaum bukan Melayu.

"Mungkin dia petik (yang) itulah," katanya yang mendakwa memantau kadar tersebut setiap bulan.

Ditanya adakah nisbah untuk bulan lalu itu boleh mencapai tahap 1:40, Abdul Aziz menjawab:

"Kalau yang itu saya tak pasti. Tetapi kalau (nisbah) 1:40 itu, mana dia dapat tanya dialah.

"Saya tidak mahu komen nisbah orang lain. (Kalau) satu (Melayu) dengan 40 (bukan Melayu), maknanya 1,000 (Melayu), (bersamaan) 40,000 (orang bukan Melayu)."

Abdul Aziz (
kiri) berharap fenomena itu hanyalah bersifat sementara.

Beliau juga mendedahkan, DAP merupakan parti politik paling aktif mendaftarkan pengundi baru buat masa ini.

"(Buat masa) sekaranglah. Pada bulan Mei, kamu tengok dia (DAP daftar) 14,000 (orang), Umno (hanya) 7,000," katanya.

Cina Masuk Melayu

notan
Assalamualaikum,,..

Beberapa hari lalu ketika aku pergi ke sekolah untuk menjemput anak anak dan ketika menunggu anak anak di depan sekolah, seorang guru kelihatan mundar mandir di hadapan kereta aku yang menarik perhatian aku kerana mukanya agak familiar. Aku tertanya tanya sendiri sehingga aku dapat melihat name tagnya.

Alangkah terkejut aku kerana memang aku kenal guru ini yang amat jauh berbeza dengan penampilannya dulu. Kini dia berketayap selepas pulang dari umrah(aku tahu dia baru pulang umrah kerana dia ada menghadiahkan sedikit kismis dari Mekah kepada zaujah aku) yang menyebabkan aku tidak perasan siapa dia. Tetapi aku tidak mahu mengganggu beliau yang kelihatan sibuk mencari sesuatu. Apa yang aku nak kongsikan kali ini bukanlah perwatakan guru tersebut tetapi apa yang dilaluinya selama ini yang boleh dijadikan pengiktibaran. Beliau sebenarnya seorang yang berketurunan cina, ayah cina dan ibupun cina. Tetapi beliau memeluk Islam lama dulu, tak silap aku ketika di tingkatan empat atau lima.

Apa yang menarik perhatian aku setelah lama tidak bersua, rupanya berubah menjadi rupa melayu, apatah lagi dengan mengenakan pakaian sunnah ala melayu, beliau langsung sudah hilang identiiti cinanya. Inilah tipikal kepada kehidupan agama di negara kita sesudah sesudah seseorang yang berketurunan cina memeluk Islam. Rupa mereka bertukar terus kepada rupa melayu dengan penampilan dan gaya hidup orang melayu. Kerana itu, genarasi terdahulu lebih gemar memanggil seseorang dari keturunan cina yang memeluk Islam sebagai "cina masuk Melayu". Kini walaupun sdr Lim Jooi Song cuba mengenengahkan konsep bangsa yang tidak berubah kerana mengubah akidah tetapi pengaruh "cina masuk melayu" tetap kuat di kalangan saudara saudara baru kita bukan sahaja dari keturunan cina tetapi dari keturunan lain juga.

Satu lagi fakta yang sering terjadi ialah suadara suadara baru ini mengahwini orang orang melayu. Lelaki cina yang masuk Islam sering memilih gadis melayu sebagai isteri mereka, sementara wanita cina yang menukar akidah memilih lelaki melayu sebagai suami mereka. Trend yang sama boleh dilihat di kalangan bangsa lain yang memeluk Islam.

Guru yang aku ceritakan di atas tidak terlepas dari kebiasaan ini di mana isterinya adalah melayu. Kerana itu ketika anaknya muncul di depannya, rupanya tidak sedikitpun menunjukkan beliau merupakan keturunan campuran dan kalau ditanya anaknya, pasti dia akan memperkenalkan dirinya sebagai melayu seperti YB Salehudin Ayub yang turut mempunyai darah cina di badannya.

Apa yang aku nak sampaikan ialah tradisi cina masuk melayu ini dapat memberikan kita sedikit kelegaan dengan kes kes murtad yang menjadi jadi di kalangan orang orang melayu hari ini. Ini memberi satu keyakinan bahawa kata kata laksamana Hang Tuah 'tak melayu hilang di dunia' akan terus kekal utuh tetapi mungkin melayu yang tidak hilang itu bukan lagi original dari sudut genetiknya tetapi tetap tidak terjejas dari sudut akidahnya.