"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nak tengok apa ada dalam rumah Perdana Menteri ?

amkns
Nak tengok banyak mana perabot, sofa, kerusi, meja, hiasan, TV dan lain-lain dalam rumah seorang Perdana Menteri ? Tengok dan nilai sendiri pada pautan berikut
Berkunjung Ke Kediaman Perdana Menteri


Ismail Haniyeh adalah Perdana Menteri (kerajaan Hamas) di Gaza, Palestina. Ini adalah kediaman beliau.
Ruang tamu kediaman Ismail Haniyeh.
Tempat beliau menerima tetamu.

Di meja makan bersama Perdana Menteri.

Kamar tidur anak lelakinya.
Dapur seorang pemimpin.

Ismail Haniyeh dalam satu pertemuan dengan pemimpin agung Republik Islam Iran.

 


http://tehranifaisal.blogspot.com/ 

Musnah jika terus jadi hamba Umno BN

Warta Rakyat
KUALA TERENGGANU, 8 Okt: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu rakyat Terengganu bangkit menentang Umno BN kerana masanya telah tiba untuk berbuat demikian.
“Sekiranya rakyat masih mahu membiarkan diri mereka menjadi hamba Umno BN, tunggulah kemusnahan yang amat teruk di masa akan datang,” ujarnya ketika berucap pada majlis ceramah di Kuala Ibai, dekat sini malam ini.

Turut berucap ialah Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Mohamad Sabu.

Ini, katanya kerana rakyat di bandar telah menolak Umno BN, jadi sudah sampai masanya rakyat luar bandar juga menolak kepimpinan BN.

Baginya, Umno adalah parti perkauman dan rasis dan tibalah masanya rakyat menjadikan Umno BN sebagai pembangkang di Parlimen selepas PRU 13 nanti.

Menurutnya, perbuatan Umno Besut melabelkan DAP anti Islam sebagai perbuatan rasis serta menyebarkan perasaan perkauman yang bahaya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Datuk Seri Hishammuddin sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu dan Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap kepimpinan Umno Besut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur memberi jaminan kuasa Melayu tidak akan hilang jika Pakatan Rakyat berkuasa nanti.

“Tapi kuasa Umno yang hilang dan ini amat menakutkan Tun Mahathir serta pemimpin Umno BN,” ujarnya lagi.

Lim menegaskan DAP menerima Perlembagaan Persekutuan dan Hak-hak orang Melayu yang menjadi dasar dan asas Pakatan Rakyat.

Lim turut menyentuh kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangani masalah rasuah di negara ini.

Ini, katanya kerana dalam tempoh dua tahun ini, SPRM gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

“SPRM hanya menjadi alat kepada Umno untuk menekan Pakatan Rakyat. Contoh yang paling ketara bagaimana SPRM menjadi dalang menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak,” ujarnya.

Ini, katanya ditambah dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-53 dalam indeks rasuah antarabangsa membuktikan SPRM telah gagal menjalankan peranannya itu.

Ragunath bangga dan yakin dengan ketokohan Tok Guru Nik Aziz

WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR: Walaupun sering dilabel sebagai anti-Islam, namun Presiden Majlis Peguam Malaysia (Bar Councils), Ragunath Kesavan melahirkan rasa bangga dan yakin dengan ketokohan kepimpinan serta kewarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menerajui negeri dan menjadi penasihat kepada PAS.

Ragunath menyifatkan, Tok Guru sebagai 'satu-satunya' ikon pemimpin Islam di negara ini yang sangat-sangat terbuka dan yakin dengan Islam yang ditonjolkan melalui kehidupannya.

"Tok Guru seorang yang cukup sederhana, mana ada pemimpin yang sama macam dia (Tok Guru).

"Saya yakin dengan apa yang dia bawa itu adalah Islam yang sebenar yang tidak menafikan hak-hak penganut agama lain," ujarnya kepada Harakah ketika satu wawancara diadakan di Pejabat Editorial Harakah dekat sini 7 Oktober lalu.

Ragunath yang juga seorang peguam terkemuka menyatakan, sebagai contoh keterbukaan Tok Guru ini dapat dilihat dalam kes isu ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching masuk surau.

Isu ini dibesar-besarkan oleh pemimpin Umno/BN seolah-olah ia satu kesalahan besar, namun penjelasan yang diberikan oleh Tok Guru bahawa tidak ada salahnya bukan Islam masuk surau akhirnya membuka minda rakyat, katanya.

Selain itu dalam isu nama Allah, Tok Guru juga mempunyai hujah yang sangat baik dan beliau yakin hujah itu sebenarnya adalah berdasarkan kepada ajaran Islam yang sebenar.

Beliau berkata, apa yang difahami ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W, Rasul junjungan umat Islam itu tidak pernah mendiskriminasi penganut agama lain.
Malah kata Ragunath, Nabi Muhammad cukup menghormati penganut agama lain dan masjid ketika itu dibenarkan bukan Islam untuk datang bertemu Nabi Muhammad.

"Saya lihat ia selari dengan hujah yang disampaikan Tok Guru, namun Umno/BN memainkan isu itu seperti mahu mengajak kepada sentimen agama dan perkauman," katanya lagi.

Ditanya berhubung intergriti kepimpinan tertinggi PAS itu, Ragunath yakin PAS tidak pernah mana-mana kepimpinannya dikaitkan dengan rasuah atau politik wang.

Malah pentadbiran Tok Guru di Kelantan sendiri tidak pernah dimasuki unsur tersebut selain sangat terbuka kepada mana-mana pihak untuk menyiasat atau memberi pandangan.

Beliau yakin selagi adanya Tok Guru di Kelantan, Umno/BN akan cukup sukar untuk menewaskan PAS di sana.