"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Enam beradik berdepan hukuman mati didakwa ini didakwa di Mahkamah Majistret di Ipoh atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin

Bernama

Enam beradik hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di Ipoh atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 118.87 gram, minggu lepas.

Muhammad Affandi Zulkafli, 41, Muhammad Khairul Azmil Zulkafli, 40, Shahrul Azwan Zulkafli, 38, Mohamad Shah Herman Zulkafli, 35, Muhamad Amirul Zulkafli, 29, dan Mohamad Hafizi Zulkafli, 27, yang kesemuanya penganggur hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Riduan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama melakukan perbuatan itu di sebuah pondok tidak bernombor bersebelahan sebuah rumah di Laluan Usaha, Kampung Che Zainal Tambahan 1, Chemor di Ipoh pada 9.20 malam, 21 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39 B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39 B (2) akta sama serta dibaca dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan hendaklah jika tidak dihukum mati, dihukum sebat minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan hukuman adalah berat dan menetapkan 22 Okt depan untuk status laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zarris Sofea Zainudin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah akan turut bersidang di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun pada petang ini bagi rakan mereka Mohd Ismail Borhan, 43, yang dirawat di hospital berkenaan atas masalah kesihatan, untuk pertuduhan sama.

- Bernama

Tiada ulasan: