"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 maut nahas 2 kenderaan di Pahang

FMT Reporters

Dua lagi mangsa parah dalam nahas sebuah kereta dinaiki dua wanita dan sebuah MPV dinaiki tiga lelaki.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kenderaan. (Gambar JBPM Pahang)
PETALING JAYA: Tiga maut, manakala dua lagi parah dalam nahas dua kenderaan di Jalan Maran-Temerloh, berhampiran Kampung Paya Pasir di Maran.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Salahuddin Isa, berkata kemalangan itu dipercayai berlaku kira-kira 5.40 pagi tadi membabitkan sebuah kereta dinaiki dua wanita dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki tiga lelaki.

“Kereta itu dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Maran, manakala MPV dari arah bertentangan.

“Kedua-dua kenderaan dipercayai bertembung, menyebabkan pemandu dan penumpang kereta serta seorang penumpang MPV maut di tempat kejadian,” katanya menurut Berita Harian sambil menambah pemandu dan seorang lagi penumpang MPV cedera.

Beliau berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran yang tiba di lokasi mendapati tiga mangsa tersepit dalam kedua-dua kenderaan.

Katanya, semua mayat dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh untuk bedah siasat dan identiti mereka belum dikenal pasti.

Tiada ulasan: