"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki cedera ditembak dalam cubaan bunuh

Bernama

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki tempatan cedera ditembak dalam kejadian cubaan bunuh di kawasan perniagaan Seri Tambun, Simpang Ampat, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Seberang Perai Selatan, Jay January Siowou, berkata dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa berusia 37 tahun mengalami kecederaan pada lengan kanan dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan.

“Siasatan di tempat kejadian telah dijalankan dan beberapa bahan bukti ditemui bagi membantu siasatan.

“Motif kejadian juga masih dalam siasatan dan polis sedang meneliti semua sudut bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

Jay January berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Mohd Rizal Abd Rashid di talian 019-8282212 atau menyalurkan ke balai polis berhampiran.

Tiada ulasan: