"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki meninggal dunia ketika pertandingan sepak penalti

Ahmad Hasbi
Seorang lelaki tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia ketika pertandingan sepakan penalti. – Foto ihsan pembaca
SEREMBAN: Pertandingan bola sepak di Residensi Prima Bandar Ekar Rantau, di sini, bertukar tragedi apabila seorang lelaki tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya dibawa ke hospital.

“Pada jam 11.35 pagi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerima maklumat mengenai seorang lelaki yang dikatakan rebah ketika menjadi penjaga gol pertandingan sepakan penalti.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah di tempat kejadian. Pertandingan berkenaan anjuran Pemuda BN Cawangan Rembau,” katanya melalui kenyataan.

Beliau berkata, ketika kejadian, isteri lelaki berusia 45 tahun itu turut berada di padang bola sepak untuk memberi sokongan moral.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa mempunyai sejarah sakit jantung dan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Serdang.

Tiada ulasan: