"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 maut, pesawat ringan rempuh bumbung rumah

AFP
DUA lelaki yang menaiki sebuah pesawat persendirian kecil maut selepas pesawat itu terhempas ke atas bumbung sebuah rumah. Foto X/ FL360aero
DUA lelaki yang menaiki sebuah pesawat persendirian kecil maut selepas pesawat itu terhempas ke atas bumbung sebuah rumah. Foto X/ FL360aero
Berlin: Dua lelaki yang menaiki sebuah pesawat persendirian kecil maut selepas pesawat itu terhempas ke atas bumbung sebuah rumah di barat laut Jerman, Sabtu lalu.

Difahamkan, nahas itu berlaku di kawasan perumahan Ganderkesee, berhampiran Oldenburg.

Pesawat ringan itu dilaporkan merempuh secara terus bumbung sebuah rumah.

Polis pada awalnya memaklumkan, seorang daripada dua penumpang pesawat itu disahkan maut, manakala seorang lagi dilaporkan hilang.

Kedua-dua mangsa ialah lelaki berusia 65 dan 77 tahun dari Bremen.

Bagaimanapun, menurut kenyataan Jabatan Polis Delmenhorst, selepas operasi mengeluarkan bangkai pesawat yang panjang dan rumit dijalankan, polis mengesahkan, kedua-dua lelaki itu maut dalam nahas berkenaan.

Bangkai pesawat yang terperosok di dalam bumbung rumah kemudian berjaya dikeluarkan, manakala penduduk yang sebelum ini dipindahkan turut dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Pihak berkuasa membuka siasatan bagi menentukan punca kemalangan itu.

Tiada ulasan: