"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BERSATU Kedah: PKR nak rampas jawatan MB dari Mukhriz?

Timbalan Pengerusi BERSATU Kedah Anuar Abdul Hamid mempersoalkan sama ada PKR sedang merancang komplot merampas kedudukan menteri besar negeri itu daripada Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang memetik Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul bahawa beliau boleh melakukan perkara yang hebat di Kedah jika Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi parlimennya untuk kembali ke Parlimen.

Johari yang juga ADUN Gurun berkata langkah itu akan membuka jalan untuknya menjadi menteri besar Kedah.

"Saya tafsir kenyataannya seperti berikut - jika Anwar jadi perdana menteri, maka akan berlaku rombakan menteri besar dan cxco dalam Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) Kedah.

"Johari selaku anggota parlimen Sungai Petani yang menawarkan kerusinya kapada Anwar akan diberi imbuhan dengan menjadikannya sebagai menteri besar Kedah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuar mengingatkan Johari tentang perjanjian antara parti komponen HARAPAN sebelum PRU ke-14 iaitu BERSATU akan mengetuai pentadbiran di Kedah, Perlis, Perak dan Johor manakala PKR di Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Katanya lagi, perjanjian itu juga menyatakan DAP sebagai ketua di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Sarawak manakala AMANAH ni Kelantan, Terengganu dan Melaka.

"Perjanjian ini telah termeterai. Kenapa dengan tiba-tiba beliau mahu merampas kerusi menteri besar Kedah daripada BERSATU?" soalnya.

Beliau juga menjawab dakwaan Johari (gambar) bahawa negeri itu tidak ditadbir dengan baik dengan berkata Mukhriz telah membuat rancangan rapi untuk membangunkan negeri itu sejak kali pertama menjadi menteri besar pada 2013.

"Malangnya beliau dipecat selepas dua tahun. Sekarang beliau terpaksa menghidupkan semula rancangan untuk membangunkan Kedah daripada awal, dengan pelbagai masalah dan cabaran yang perlu dihadapi," katanya lagi.

Mukhriz - timbalan pengerusi BERSATU merangkap pengerusi BERSATU negeri - mengetuai HARAPAN untuk merampas negeri itu daripada BN pada PRU lalu, dan kemudiannya mengangkat sumpah sekali lagi sebagai menteri besar.

Anuar juga menggesa Johari agar tidak mengambil kesempatan atas pelantikan Anwar sebagai perdana menteri kelapan nanti untuk kepentingan peribadi.

"Saya ingin menasihati sahabat lama yang saya hormati, hentikan polemik ini terutama semasa pemilihan PKR. Ia tidak akan menguntungkan HARAPAN," katanya lagi.

'Mari sini saya nak cili mulut tu...'

Kerajaan diminta mengkaji peraturan mengenai tawaran hadiah kepada artis yang menyertai sesuatu pertandingan bagi mengelak mereka menjadi mangsa penipuan.

Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah, berkata kegagalan pihak penaja memenuhi janji mereka tidak wajar berlaku.

Justeru katanya kerajaan seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia membuat penelitian berhubung peraturan hadiah yang ingin ditawarkan kepada pemenang sesuatu pertandingan.

“Jangan jadikan saya juara Gegar Vaganza pertama yang tidak menerima hadiah.

"Saya tidak boleh hadam mengapa perkara ini boleh terjadi begini. Ia membuatkan saya kecewa kerana sudah lama saya tidak menyertai mana-mana pertandingan.

“Gegar Vaganza satu platform baik untuk artis lama membuat kemunculan, tetapi kami bukan buat persembahan kebajikan (percuma),” katanya.

Pemilik nama penuh Wan Aishah Wan Ariffin itu ditemui pada sesi mempromosi single terbarunya, Malar, di 1 Sentral, Kuala Lumpur hari ini.

Perlu ada SOP

Malaysiakini sebelum ini menyiarkan laporan kekecewaan penyanyi Janji Manismu itu apabila masih belum menerima sebidang tanah yang dijanjikan penaja.

Astro selaku penganjur GV4 pula ketika dihubungi memberi menjelaskan syarikat yang menawarkan hadiah tapak lot banglo itu meminta diberikan sedikit masa lagi bagi menyelesaikan "isu berbangkit."

Selain tapak lot banglo, Aishah juga turut meluahkan kekecewaannya berhubung isu rantai berlian palsu tajaan pengusaha kosmetik yang didakwa sepatutnya bernilai RM80,000.

Katanya, dia bersama naib juara dan pemenang tempat ketiga GV masih bersedia memberi ruang agar isu itu diselesaikan secara baik.

Kata Aishah pada masa sama stesen penyiaran di negara ini juga perlu mempertimbangkan cadangan supaya menyediakan prosedur operasi standard (SOP) berhubung tajaan hadiah.

“Saya harap perkara ini tidak menjadi amalan mana-mana stesen penyiaran, gebang sana-sini. Perlu ditetapkan berapa lama tempoh maksimum untuk menuntut hadiah.

“Ini perlu supaya reputasi yang penaja terjaga dan pemenang tak perlu meminta-minta ke sana ke mari,” katanya yang mendakwa sudah jenuh cuba mendapatkan respon daripada pihak yang berkenaan tetapi tidak berhasil.

Mengenai barang kemas yang tidak memuaskan hati itu Aishah berkata dia dimaklumkan mengenak ketulenannya selepas berkunjung ke dua kedai berlainan.

Malah katanya dia juga masih menyimpan bukti daripada semakan kedai terbabit.

Dalam pada itu, mengulas komen netizen yang menuduhnya sebagai artis terdesak hingga perlu menjual barang kemas, Aishah berkata ia bukanlah seperti yang didakwa mereka.

“Hadiah itu memberi nilai peribadi kerana menjadi juara GV4, justeru memang ingin selalu memakai barang kemas itu ke mana jua saya pergi, tetapi saiznya terlalu besar.

“Saya ingin mengubah saiznya kepada yang lebih kecil termasuk untuk dipakai pada jari.

"Amboi... sedap sungguh mulut orang yang mengata, mari sini saya nak cili mulut tu,” katanya secara berjenaka.

Malaysiakini sudah cuba menghubungi penaja barang kemas berkenaan namun masih menunggu reaksi mereka.
-malaysiakini

Bilakah 'pesalah' mahu dibawa ke pengadilan? Prof. Agus Yusoff bidas kerajaan PH

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

SHAH ALAM - Penganalisis politik menyifatkan kerajaan terlalu lambat bertindak dalam hal mereformasi institusi negara, selepas 100 hari pentadbiran mereka.

Menurut pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff, rakyat faham jika tol dan bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum dapat dihapuskan, harga minyak tidak dapat diturunkan, dan gaji belum boleh dinaikkan.

Katanya, ini kerana kesemua ini memerlukan wang, sedangkan negara kita dilanda beban hutang.

“Apa yang rakyat tidak faham ialah bila kerajaan lambat menyelesaikan janji dan harapan rakyat yang tidak melibatkan kos.

“Pertanyaan rakyat mudah. Bilakah penyangak, perasuah, pencuri dan penyeleweng kuasa hendak dibawa ke muka pengadilan. Mengapa begitu lambat?

“Bilakah reformasi institusi Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan kehakiman hendak dilaksanakan? Janji dan laungan untuk merubahnya dah terlalu kerap didengar. Isunya, apakah yang akan diubah dan bilakah akan bermula? Mengapa begitu lambat?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Agus menyatakan bilakah semakan semula terhadap undang-undang yang dikatakan drakonian dahulu seperti Akta Majlis Keselamatan Negara, Sosma dan lainnya hendak dipinda atau dimansuhkan.

“Di peringkat manakah proses semakan atau pemansuhan itu?

“Rakyat sebenarnya sudah jenuh menunggu untuk melihat reformasi institusi berlaku dalam negara. Harap sekali semuanya dapat dipercepatkan. Bertindaklah segera supaya negara kita boleh cepat melangkah ke depan,” katanya.