"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hasut perang saudara dan konflik mazhab: Bekas mufti Syria dihukum penjara seumur hidup

Bernama/Anadolu

Mahkamah Jenayah Keempat Damsyik menghukum bekas mufti Syria, Ahmed Hassoun, dengan penjara seumur hidup atas sabitan "menghasut perang saudara dan konflik mazhab", lapor Anadolu Ajansi.

Ketua mahkamah itu, hakim Fakhr al-Din al-Aryan, berkata siasatan membuktikan penglibatan Hassoun dalam "jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang".

Mahkamah turut mengarahkan semua aset milik mufti negara bagi rejim terdahulu itu dirampas untuk diserahkan kepada perbendaharaan awam.

Pada Mac 2025, pihak berkuasa Syria menahan Hassoun ketika beliau cuba meninggalkan negara itu berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.

Selepas rejim Bashar al-Assad digulingkan pada Dis 2024, pentadbiran peralihan yang diketuai Presiden Ahmad al-Sharaa mengambil alih pemerintahan Syria pada Januari 2025.

Pihak berkuasa baru itu menubuhkan mekanisme akauntabiliti dan keadilan peralihan bagi menyiasat jenayah yang dilakukan di bawah kerajaan terdahulu.

- Bernama/Anadolu

Tiada ulasan: