"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiga wilayah di Selatan Thailand digemparkan siri letupan bom

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my
FOTO Ihsan Pembaca
FOTO Ihsan Pembaca
Kota Bharu: Selatan Thailand digemparkan dengan siri letupan bom di beberapa lokasi di tiga wilayah berkenaan malam ini.

Menurut media tempatan Thailand, kejadian berlaku hampir serentak di beberapa lokasi di tiga wilayah berkenaan bermula jam 8.15 malam.

Laporan awal memaklumkan ia membabitkan sekurang-kurangnya 12 lokasi di tiga wilayah iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat.

Kejadian dilaporkan berlaku membabitkan beberapa bentuk gangguan seperti letupan, pembakaran tayar, pembakaran kenderaan serta serangan terhadap kemudahan awam dan premis perniagaan.

Narathiwat dikatakan antara wilayah yang banyak berlaku letupan bom diikuti Yala dan Pattani.

Susulan kejadian yang berlaku, pasukan keselamatan Thailand meningkatkan kawalan dan menutup beberapa kawasan bagi membolehkan pemeriksaan dijalankan.

Di Narathiwat, pihak keselamatan dikatakan mengarahkan penutupan sementara kawasan tertentu termasuk Sungai Kolok dan Tak Bai, dengan larangan keluar masuk di kawasan yang ditetapkan.

Sehingga kini, jumlah sebenar kerosakan dan kemungkinan mangsa terjejas masih tertakluk kepada pengesahan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk menentukan keseluruhan kejadian, jumlah kerosakan serta pihak yang bertanggungjawab.

Tiada ulasan: