"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya:'Bandar Tentera Darat', Najib hina anggota tentera

SM Noor

TELUK KEMANG, 7 Okt: "Saya menyertai anggota tentera tahun 1967, sekarang dah tahun 2009, sudah 40 tahun lebih, baru pemimpin-pemimpin umno, pemimpin-pemimpin BN, iktiraf kononnya sumbangan anggota tentera khususnya tentera darat...saya rasa terhina."

Demikian pandangan yang disampaikan oleh Kapten (B) Datuk Abu Zahar Hashim, dalam satu siri ceramah di Bagan Pinang semalam.

Menurutnya,cadangan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Port Dickson sebagai sebuah bandar 'Tentera Darat' dianggap sebagai satu penghinaan kepada bekas tentera.

Beliau berkata, pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) cuba memperbodohkan anggota tentera dan bekas tentera dengan cadangan tersebut.

"Saya menyertai anggota tentera tahun 1967, sekarang dah tahun 2009, sudah 40 tahun lebih, baru pemimpin-pemimpin umno, pemimpin-pemimpin BN, iktiraf kononnya sumbangan anggota tentera khususnya tentera darat.

"Saya rasa terhina kerana pemimpin-pemimpin Umno menganggap anggota-anggota tentera (dan) bekas-bekas tentera ni boleh diperbodohkan,"katanya.

Menurutnya, cadangan mewujudkan bandar tentera di Port Dickson adalah umpan untuk memikat hati anggota-anggota tentera darat menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Katanya, Perdana Menteri hanyalah 'mengambil kesempatan' ke atas anggota tentera kerana pengundi anggota tentera ramai.

"Pada hal selama berbelas tahun jadi Menteri Pertahanan, dia (Najib) tak terfikir pun tentang pengorbanan anggota-anggota tntera terutamanya anggota-anggota tentera darat.

"Apabila berlaku pilihan raya kecil di Bagan Pinang, barulah nak memikat hati anggota-anggota tentera darat dan menamakan sbg bandar tentera darat,"jelas beliau yang juga bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan.

Datuk Zahar turut membidas perisytiharan yang dibuat oleh Najib itu, dan berkata, "apa jua nama yang hendak diberikan kepada Port Dickson adalah tidak penting, sekira kebajikan anggota tentera dan bekas tentera diabaikan."

Oleh itu beliau mengingatkan anggota tentera dan bekas-bekas anggota tentera supaya jangan mudah terpedaya dan memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN).

"Saya nak bagi tahu angota-anggota tentera malam ini, jangan semudah-mudah pangkah Barisan Nasional.

"Sekarang ini memanglah kita berlagak dengan pakaian tentera kita, tapi percayalah anggota tentera (sekalian), bila tuan-tuan habis berkerja nanti, (setelah) 21 tahun berkhidmat (untuk negara), tuan-tuan akan dipinggirkan,"katanya.

Tiada ulasan: