"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak: Laporan bedah siasat Baharudin 'bercanggah'

Keluarga kepada allahyarham Baharudin Ahmad mengemukakan satu akuan bersumpah ke Mahkamah Tinggi berhubung percanggahan dalam laporan bedah siasat ke atas jenazah tersebut.

NONEAkuan bersumpah itu dikemukakan semalam untuk dimasukkan bersama dengan dengan notis usul yang difailkan sebelum ini bagi memaksa Pejabat Peguam Negara menjalankan inkues terhadap kematian lelaki berkenaan.
Permohonan siasatan khas itu dibuat susulan kepada laporan polis yang dibuat balu allahyarham, Rosni Malan pada 17 Julai lalu yang mendakwa bahawa kematian Ahmad (foto kiri)disebabkan oleh tindakan polis semasa perhimpunan berkenaan.

Anak perempuan Baharudin, Ummi Mirza dalam akuan bersumpah itu pula menyebut bahawa sebab kematian tersebut bukanlah sebab-sebab nyata yang ditentukan melalui siasatan terhadap jenazah ayahnya.

Sebaliknya, sebab kematian itu perlu meliputi "semua perkara yang perlu untuk membolehkan sesuatu pendapat dibuat (mengenai) bagaimana ayah saya menemui ajalnya."

Katanya lagi, sebab kematian itu boleh "disebabkan atau dipercepatkan oleh perbuatan atau (perbuatan yang tidak dibuat) yang menyalahi undang-undang" oleh mana-mana individu, kumpulan atau ejen kepada mana-mana badan.

Laporan 'bercanggah'

Akuan bersumpah berkenaan mendakwa, laporan perubatan yang diperolehi oleh keluarkan mangsa berkenaan mengandungi maklumat yang bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh doktor yang memeriksa jenazah sebelum ini.

Laporan yang menyebut sebab kematian Ahmad sebagai serangan jantung "acute myocardial infarction" itu antara lain menyatakan bahawa bahagian paru-paru mangsa didapati tersumbat.

Walhal, beliau sebelum ini diberitahu bahawa bahagian paru-paru itu tidak tersumbat, kata Ummi Mirza, 25.

NONE"Saya diberitahu oleh pakar forensik tersebut sebelum ini bahawa 'paru-paru kelihatan sihat', namun laporan bedah siasat menyatakan 'sangat bengkak dan tersumbat'," akuan bersumpah itu dipetik.
Ummi Mirza dalam dokumen yang diperakui semalam itu juga menyebut bahawa beliau melihat tanda gigi di sebelah kira atas bibir dan juga lebam di sekeliling kawasan tersebut.

Katanya, beliau diberitahu oleh pakar berkenaan bahawa bahagian trakea jenazah ayahnya itu juga sedikit tersumbat.

Beliau diberitahu bahawa keadaan itu mungkin berlaku akibat tindakan memasukkan tiub ke dalam rongga berkenaan.

"Tapi laporan bedah siasat menyatakan (bahagian trakea itu 'jelas dan tidak tersumbat'," kata Ummi lagi dalam dokumen berkenaan.

Tambahnya, laporan yang diperolehi itu menyatakan bahawa bahagian mulut mangsa tidak mengeluarkan cecair.

"Namun berbeza dengan apa yang saya nampak pada bibir arwah sebelum post mortem. Malah pada saat memandikan jenazah beliau, saya juga masih dapat melihat lebam pada bibir tersebut," kata Ummi lagi dalam dokumen sama.

Baharudin, 59, didakwa rebah semasa menyertai perhimpunan di perkarangan KLCC pada 9 Julai lalu, dan disahkan meninggal dunia sebaik dibawa ke jabatan kecemasan, Hospital Kuala Lumpur pada jam 5.10 petang.

Bedah siasat ke atas dijalankan kira-kira lima jam kemudian oleh dua orang ahli patologi di hospital sama.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: