"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mufti Perls harap Uthman El-Muhammady tak dolak-dalik

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya hari ini meminta penceramah terkenal Dr Muhammad Uthman El-Muhammady supaya tidak "berdolak-dalik" berhubung undangan berdialog berhubung isu Wahabisme dan terorisme.

"Dalam surat (undangan) kita tidak sebut sama ada tertutup atau terbuka. Kita tak sebut tarikhnya. Kita kata dia boleh piliha tariknya sepanjang bulan Ramadan ini. Kita dah beri cek kosong kepada dia," kata Dr Juanda.

"Kita ajak dia berdialog, tak perlulah beri jawapan falsafah."

Semalam, Dr Uthman dilapor menafikan beliau menolak undangan Dr Juanda mengadakan dialog susulan selepas pembentangan kontroversinya dalam taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

Sebaliknya, Uthman berkata, beliau mahu dialog itu diadakan secara tertutup dengan penganjurannya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dihadiri pakar yang turut dipilih Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dr Uthman berkata, isu itu tidak patut dibincangkan secara terbuka kerana ia melibatkan keselamatan negara dan boleh menggugat hubungan baik antara negara.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Juanda berkata, walaupun tidak disebut secara jelas bahawa Dr Uthman menolak undangan itu dalam suratnya, kesimpulan itu dapat dibuat berdasarkan "alasan-alasan yang diberikan".

"Maksudnya begitulah," katanya sambil ketawa kecil.

Beliau juga menegaskan sangat berharap dialog itu akan menjadi kenyataan kerana pihaknya berniat baik dan tidak mempunyai sebarang prejudis terhadap Dr Uthman.

Bagaimanapun, menyifatkan kenyataan terbaru Dr Uthman itu seperti penuduh yang "membuat tuduhan, meletakkan pengadil sendiri dan membuat keputusan sendiri".
-malaysiakini-

Tiada ulasan: