"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hakim: Anwar boleh hadiri sesi temubual saksi

Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan hadir semasa temubual dijalankan dengan saksi bagi kes pembelaan perbicaraan liwatnya tetapi beliau tidak dibenarkan menyoal mereka.
NONEHakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuatkeputusan itu setelah mendengar penghujahan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan pagi ini.

Semalam, pihak pendakwaan membantah kehadiran Anwar bagi mengikuti temubual yang dijadualkan dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

Pihak pembelaan sekrang dibolehkan menemubual 10 saksi hari ini dengan kehadiran Anwar di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun senarai itu tidak termasuk nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mahupun Musa yang juga antara saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: