"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kajian: Melayu di S'gor yakin PAS boleh gantikan Umno

university malaya umcedel political survey 050112 pas as alternative to umnouniversity malaya umcedel political survey 050112 voting factor
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya mendapati lebih ramai orang Melayu di Selangor yakin PAS boleh menjaga kepentingan mereka dengan lebih baik berbanding Umno.

Daripada 447 penduduk Melayu di Selangor yang dibanci oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) itu, 37 peratus yakin dengan PAS menjadi alternatif kepada Umno.

27 peratus berpendapat sebaliknya manakala 41 peratus lagi menyatakan bahawa mereka tidak pasti.

Kajian membabitkan 795 responden itu dibuat dari 3 hingga 11 Disember lalu dan meliputi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam.

Enam puluh peratus daripada responden terdiri daripada bangsa Melayu manakala Cina dan India pula masing-masing mewakili 25 dan 12 peratus responden.

Mengenai pendekatan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, 43 peratus responden percaya ia telah meningkatkan sokongan terhadap BN di Selangor, manakala 31 peratus tidak bersetuju dan 26 peratus lagi tidak pasti.

Walaupun sebahagian besar, iaitu 74 peratus responden berkata mereka telah membuat keputusan berhubung parti yang akan diundi pada pilihan raya umum ke-13, namun hampir separuh daripada mereka tidak pasti siapa akan menguasai Putrajaya.

36 peratus responden menjangkakan BN akan kekal berkuasa manakala 18 peratus lagi pula percaya Pakatan akan membuat kejutan.

Responden juga kelihatan berbelah bahagi dengan faktor corak yang menentukan pengundian. 42 peratus berkata mereka akan mengundi berdasarkan calon yang diketengahkan manakala 52 peartus berkata mereka akan memilih parti yang bertanding.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: