"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mas kahwin di Pahang tak pernah naik sejak zaman Jepun?

KHAIRIL ABDUL RAHIM
TEMERLOH: PAS Pahang akan menghantar memorandum kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bagi mempertimbangkan kadar mahar atau mas kahwin di negeri ini supaya dinaikkan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan tersebut ditimbulkan dalam mesyuarat perhubungan semalam berikutan usul daripada PAS Kawasan Pekan.

“Kadar mas kahwin di Pahang ini terlalu murah iaitu RM22.50 dan tidak pernah naik-naik sejak zaman Jepun sedangkan jika kita lihat sepanjang tempoh itu semua barang telah naik.

“Pendirian PAS Pahang ialah kita akan angkat usul ini kepada Muip. Mas kahwin di Pahang ini terlalu rendah, banyak negeri dah naik. Cadangan dari Pekan kadar dicadangkan RM250.

“Tetapi PAS Pahang mahu Maip semak semula kadar tersebut kerana kita mahu lihat jumlah yang lebih munasabah dan adil. Harga minyak pun kerajaan semak tiga sekali tahun,” katanya.

Dalam perkembangan yang lain, Tuan Ibrahim bagi pihak PAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua NGO seperti Amal, Anak Pahang di Perantauan, Briged Nisa’ dan lain-lain yang berhempas-pulas membantu mangsa banjir hingga ke hari ini.

Katanya, PAS turut berterima kasih di atas kepada para dermawan di atas sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dari dalam dan luar Pahang.

“Derma tunai ke akaun Prihatin Rakyat saja melebihi RM200,000 itu tidak termasuk yang disumbangkan terus kepada bilik operasi kawasan-kawasan yang terlibat banjir.

“Bantuan dalam bentuk barangan juga dianggarkan bernilai ratusan ribu. Dan hari ini PAS Pahang mengeluarkan peruntukan berjumlah RM90,000 bagi bantuan pelajar-pelajar sekolah terutama yang ditimpa musibah banjir luar biasa baru-baru ini,” katanya.

Tiada ulasan: