"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TG Nik Aziz meminta semua penyokong Pas menerima pelantikan kepimpinan Pas Kelantan yang baru

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nik Abdul Aziz Nik Mat Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta semua rakyat termasuk penyokong Pas menerima pelantikan kepimpinan Pas Kelantan yang baru dengan puas hati.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata, saf kepimpinan yang dilantik pula diharap patuh kepada pimpinan atas dalam menaikkan usaha perjuangan parti.

Kata beliau, pelantikan tersebut terletak kepada kepimpinan, sama ada mahu menerima atau tidak, namun beliau mengharapkan semua kepimpinan dapat menerimanya.

“Saya setuju dengan kepimpinan ini dan berharap semua rakyat Kelantan terima pelantikan ini termasuk penyokong Pas. Terima dengan puas hati dan patuh pada kepimpinan.

“Saya bersyukur setelah berkali-kali meminta jawatan Pesuruhjaya Pas dilepaskan dan sekarang lega dapat melepaskan jawatan ini dan tidak perlu terikat dengan kerja-kerja rutin pejabat,” katanya kepada media selepas melancarkan Tabung Banjir Pertubuhan R Kelantan, di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darul Naim, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, atas faktor kesihatan, beliau mengikuti nasihat yang diberikan doktor setelah usianya 83 beliau banyak berulang-alik mendapatkan rawatan di hospital.

“Alhamdulillah saya dilepaskan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas dan bagi jawatan Mursyidul Am Pas, ia tidak melibatkan kerja-kerja pejabat, cuma sekali-sekala perlu datang pejabat. Di Institut Pemikiran Tok Guru juga saya tidak terikat dengan kerja. Kalau nak datang, saya datang, kalau tak mahu datang, tidak mengapa,” katanya.

Tiada ulasan: