"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita PAS ‘buang’ golongan progresif dalam Kabinet baharu

Senarai Kabinet baharu yang diumumkan hari ini menunjukkan tiada golongan profesional progresif yang kalah dalam pemilihan lalu dilantik untuk memegang jawatan di kalangan Wanita PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Jun, 2015.
Senarai Kabinet baharu yang diumumkan hari ini menunjukkan tiada golongan profesional progresif yang kalah dalam pemilihan lalu dilantik untuk memegang jawatan di kalangan Wanita PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Jun, 2015.

Wanita PAS membersihkan semua elemen kumpulan profesional progresif dalam sayap parti Islam itu apabila tidak melantik langsung mereka yang kalah untuk menyertai Kabinet baharu.

Walaupun tidak mempunyai pertembungan yang ketara, bekas ketua, timbalan dan naib ketua yang kalah tidak dilantik untuk menyertai Kabinet baharu.

Dalam senarai Kabinet yang diumumkan hari ini, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof yang merupakan bekas ketua Wanita PAS sebelum ini tidak dilantik untuk memegang jawatan.

Turut tidak dilantik adalah bekas timbalan ketua yang juga Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmod dan bekas naib ketua merangkap exco kerajaan negeri Kelantan Mumtaz Mat Nawi.

Mereka kalah dalam pemilihan pada muktamar Wanita PAS awal Jun lalu apabila kumpulan profesional progresif diketepikan daripada pucuk kepimpinan parti Islam itu.

Ini menjadikan pemimpin Wanita PAS dipimpin mereka yang tidak mempunyai jawatan sebagai wakil rakyat, berbanding pada sesi sebelum ini apabila ketiga-tiga tokoh utamanya ialah ahli Parlimen dan exco.

Bagi penggal terkini, Kartini Ahmad dilantik sebagai setiausaha Wanita PAS, Dr Che Faridah Ismail (bendahari) sementara Wan Hasrina Wan Hassan sebagai ketua penerangan.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: